Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Ogos 2013

Ini Punca Syiah memilih PAS ?

Kenapa Syiah Memilih PAS?

Walaupun ajaran Syiah telah diwartakan sebagai bertentangan dengan undang-undang tetapi nampaknya ia tidak menghalang penganutnya untuk meneruskan amalan mereka. Yang terbaru, sebuah video di mana para jemaah mencium mulut Imam di sebuah surau di Pendang pula tersebar. Amalan 'mencium mulut sesama lelaki' adalah jelas merupakan amalan Syiah.

Ancaman Syiah dikatakan sebagai lebih merbahaya daripada ancaman Zionis, Kristian mahupun liberalis dan pluralis. Ini kerana Syiah bertopengkan Islam dan rata-rata penganutnya membawa imej Islam konservatif lengkap dengan pakaian serban, jubah, bertudung atau berpurdah. Malah, lebih dahsyat dari Kristian mahupun Yahudi, Syiah menghalalkan liwat mahupun muta'ah.

Memandangkan masyarakat Islam di Malaysia amat obses dengan penampilan luaran, maka ramai di kalangan kita mudah 'terpesona' dengan imej Islam kumpulan Syiah. Jangan terkejut jika janggut dan serban imam Syiah sahaja sudah cukup untuk mengaburi mata sebahagian dari umat Islam di sini. Inilah yang terjadi apabila kita meletakkan 'imej' atau 'simbol' ke atas Islam sehinggakan ramai yang keliru antara kepentingan imej dan simbol, berbanding ajaran AlQuran itu sendiri.

Justeru, tidak hairanlah Syiah mampu bertapak di dalam PAS di mana penampilan luaran adalah segala-galanya.

Walaupun PAS menepis dan menafikan kewujudan dan penyebaran ajaran Syiah di dalam parti itu, tetapi penyokong-penyokong PAS sendiri tahu akan hakikat sebenarnya. Beberapa blog pro-PAS turut menyuarakan kebimbangan dan teguran, namun entah kenapa kepimpinan PAS terus berpura-pura tidak mendengar dan tidak sedar akan hakikat yang sebenar.

Sedar atau tidak, hipokrasi PAS itulah yang menjadi 'resepi' penting bagi Syiah untuk bertapak. Oleh itu, Syiah tidak mungkin menyertai UMNO kerana UMNO tidak menepati keperluan hipokrasi Syiah.

UMNO tidak bergantung kepada imej, simbol atau slogan dalam mengamalkan ajaran Islam. UMNO berpegang kepada Islam secara rohani dan menyerlahkannya secara kifayah dengan berlandaskan AlQuran dan Sunnah. Ini tentu sekali bertentangan dengan Syiah yang menolak AlQuran sebagai tulen dan sebaliknya menggariskan kepercayaan mereka berdasarkan hawa nafsu terutama sekali dalam konteks seks.

Kebetulannya, PAS merupakan parti yang paling sinonim dengan seks. Pendedahan mengenai pemimpin-pemimpin PAS 'bertukar-tukar' isteri bukanlah sesuatu yang mengejutkan lagi, termasuklah di kalangan pemimpin tertinggi bertaraf Ulama. Hakikat ini menjadikan PAS dan Syiah sebagai satu gandingan yang amat sesuai sekali.

Kerjasama PAS dengan PKR meningkatkan lagi keserasian PAS dengan Syiah memandangkan PKR memperjuangkan hak untuk meliwat yang mana dihalalkan dalam ajaran Syiah.

Oleh itu, tidak mustahil, keberanian puak-puak Syiah menonjolkan diri hari ini adalah berkait rapat dengan kerjasama PAS dengan PKR. Hari ini, Syiah mempunyai platform untuk memperjuangkan kebebasan seks melalui PKR, atas hipokrasi imej Islam di dalam PAS.

Berdasarkan hakikat ini, inilah diseru penyokong-penyokong PAS agar bertegas dalam menentang Syiah.

Apa guna berkongsi dan menyeru simpati melalui gambar-gambar dan kisah-kisah pembunuhan Ahli Sunnah di Syria oleh golongan Syiah jika tidak mampu menentang Syiah di dalam parti sendiri?

Penyokong-penyokong PAS yang sedar wajib bangkit membongkar hipokrasi pemimpin mereka dan membersihkan parti dari kesesatan yang nyata. Bagaimana pemimpin PAS mampu membawa ahli ke syurga, jika terus 'menternak' para pemfitnah sahabat-sahabat Rasulullah SAW di dalam parti mereka?

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada bukti? gambar..atau selain waktu denganya.

tOy berkata...

Ada mata lihat, ada telinga dengar, ada akai pakai.. Bukti dah dok ada.. Nk gambaq bagai.. Haishh

Otak geliga berkata...

bukti tu hanya afdhal jika dtgnya dr pemfitnah PR spt gambar DSN dgn Altantuya yg di fotoshop

jika bukti dtgnya dr kalagan BN/UMNO, maka bukti samada dr video, gambar, etc tidak lg dianggap bukti selain sampah semata2

sememangnya Syiah amat sinonim & bersesuaian dgn PAS. dgn sifat Taqiyah gol Syiah, adalah mudah utk bergerak dlm PAS berbanding dlm UMNO

jika kita teliti, LIWAT juga dibenarkan dlm Hudud PAS.....siapa yg membenarkan LIWAT sekiranya bukan Syiah dlm PAS?....sbb itu manusia2 yg bersuara ala2 mahupun TERANG2an menyokong LGBT amat dipertahankan oleh PAS

bukti zahiriyah sudah terlalu byk...rakan2 dlm PAS sendiri (mana yg nak berdiri di alam realiti) mmg ramai yg mengaku KEDAH merupakan pusat membiaknya Syiah & Syiah sememangnya ramai dlm PAS

apa nak dikata jika presiden PAS sendiri SAYANG dgn Syiah & Khawarij?....maka tak salah jika PAS itu digelar golongan Khawarij & Syiah.....nak bukti?

http://celahgelegar.blogspot.com/2012/12/kita-terima-syiah-khawarij-masuk-pas.html

mesti tak boleh terimakan?....jd nak bukti apa lagi?

pssstttt....Khalid Ismath dah mengaku Syiah....ada sapa2 amik tindakan ke?...anon atas tu caya ke dok?....ke langsung tak tau sbb tak ambil peduli sbb TAKSUB PAS itu MAKSUM?....lu pikirlah sendiri

Tanpa Nama berkata...

Ni buta tuli org mcm ni x blh kata pa!

Cari Blog Ini

Translate