Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Oktober 2013

Jawatan Menteri Pertahanan Sesuai Kepada Naib Presiden 2 UMNO DS Shafei Apdal Untuk Perhatian PM @NajibRazak


Selepas kejayaan bergaya Datuk Seri Shafei Apdal semalam yang tidak disangka oleh ramai pihak, maka penulis ada menerima cadangan dari orang yang selalu mengikuti dunia politik tanah air dan bijak menganalisis situasi semasa, agar jawatan Menteri Pertahanan diserahkan kepada beliau. 

Ini kerana pada 1999 - 2004 beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Pertahanan. 


Alasan mereka ialah beliau mendapat undian kedua tertinggi dan pernah juga memikul amanah di Kementerian Pertahanan sebelum ini.

Alasan ketiga beliau asal Sabah dan ESSCOM sudah tentu sesuai diurus oleh beliau sebagai anak jati negeri ini.

Dengan kesudian MCA menerima kembali jawatan dalam Kabinet sudah tentu Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan bersedia menyerahkan kembali kementerian pengangkutan kepada MCA.

Kementerian yang bersesuaian dengan beliau barangkali Kementerian Luar Bandar  untuk membolehkan rakyat luar bandar akan dapat menerima pendekatan beliau dipuji ramai pihak begitu bijaksana memimpin dan sentiasa berlemah lembut dengan rakyat.

Kita yakin luar bandar akan berubah dengan lebih pantas di bawah kepimpinan DSHH.

Namun yang paling sesuai sudah tentu sudah ada dalam kepala YAB Perdana Menteri Malaysia.

Sekian, sedikit perkongsian untuk dibaca oleh semua.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate