Pengikut Blog Panglima

17 Oktober 2013

KISAH SEBENAR Lembu Mengamuk Selepas Disembelih Di Keramat AU Semalam (Gambar)

Kejadian berlaku semalam di Keramat AU.

Lembu pertama (untuk aqiqah) tidak putus sempurna uratnya da menyebabkan keadaan sedikit huru hara

Lembu berkenaan disembelih di dalam kawasan masjid.

Semasa menumbangkan lembu kedua dan disembelih, lembu pertama ini telah dilepaskan semua tali yang ada padanya untuk dibuat ikatan pada lembu-lembu yang lain.

Semasa hendak melapah tidak semena-mena ia bangkit dan terus mengamuk di dalam kawasan masjid dan nasib baik tidak mendatangkan kecederaan pada golongan muslimah yang sedang bersiap untuk memasak, kanak-kanak yang berada di dalam kawasan dan memasuki ruangan solat.

Ia telah kemudian berlari keluar dan pihak penduduk terpaksa mengepungnya dari keluar ke jalan utama

Kemudian ia cuba juga meloloskan diri malah melanggar sebuah motorsikal EX5 yang diletak oleh salah seorang penonton dan berlari ke arah jalan utama.

Kawalan trafik terpaksa dibuat dan kemudian beberapa penduduk terpaksa menangkapnya dengan beberapa utas tali dan berjaya menumbangkannya sebelum diletak di atas troli untuk dibawa semula ke masjid berkenaan.

Atas perbincangan beberapa jemaah, ianya dibiarkan untuk mati tanpa boleh disembelih sekali lagi memandangkan urat berkenaan memang sudah disembelih atan tetapi tidak berapa sempurna.

PANGLIMA : terima kasih atas info. Moralnya jangan sembelih jika tidak pandai.

Catat Ulasan