Pengikut Blog Panglima

18 Oktober 2013

Ops Cantas : Banner Terima Kasih rakyat Kepada @PDRMSIA @Zahid_Hamidi @BKAB51







Ada dua peristiwa panglima dengar sendiri bagaimana Ops Cantas ini telah berjaya memberi impak sangat berkesan kepada emosi dan juga kehidupan rakyat.

Bagaimana rakyat seperti pemandu teksi dan termasuk yang berada di luar negara juga telah memuji tindakan membanteras penjenayah melalui Ops Cantas ini.

Suka dimaklumkan bahawa Ops Cantas sudah bermula 2007 namun tidak menyeluruh ke seluruh Malaysia.





NAMUN selepas kepimpinan KDN diambil alih oleh YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi maka ia diteruskan lagi dalam skala lebih besar.

Bukan mudah sebenarnya untuk berhadapan dengan penjenayah ini namun hasil keberanian dan kecekalan beliau maka ia berjaya membuahkan hasil yang membanggakan YAB Perdana Menteri yang risau kadar jenayah yang semakin meningkat hasil pemansuhan ISA dan Ordinan Darurat.

Peristiwa yang dimaksudkan ialah pengalaman rakan panglima menemubual pemandu teksi yang memberitahu penjenayah kini telah melarikan diri ekoran ops cantas yang dijalankan.






Beliau memberitahu pemandu tersebut melahirkan rasa gembira apabila penjenayah dari geng gengster telah mula lari untuk mengelak dari ditahan selain membuang tatoo di badan.

Ia juga telah disahkan pihak polis dalam berita yang anda boleh layari di sini

http://www.astroawani.com/news/show/pdrm-kerjasama-dengan-polis-thailand-kekang-kongsi-gelap-lari-keluar-21736

Dan sini http://mynewshub.my/2013/09/07/sembilan-anggota-kongsi-gelap-cuba-lari-ke-negara-jiran-dicekup-di-sempadan/#.UmCbbJkZ74c





Peristiwa kedua pengalaman rakan panglima yang baru pulang dari luar negara yang turut mendapat respon positif pegawai kedutaan yang memuji usaha Menteri Dalam Negeri dan pihak keselamatan yang menjadikan negara kita aman dari ancaman gangster.

Kebenaran ini sudah tentu merunsingkan pembangkang yang dilihat begitu ghairah mencari salah pihak polis dan lantang serta begitu bersemangat membela penjenayah sejak dahulu hingga kini.

Pembangkang bukan sahaja membela penjenayah (mungkin kerana mahu cari makan sebagai peguam bela) bahkan turut menjadikan isu agama seperti kalimah Allah sebagai bahan mainan politik walaupun jelas majoriti ulama menegaskan kalimah Allah hanya kepada umat Islam demi menjaga akidah mereka.

Sikap pembangkang dan juga sebilangan besar NGO Pro Pakatan jelas tidak mahu membantu di dalam mewujudkan negara yang aman dan bebas dari perbalahan angkara sengketa bab agama.

Jangan kita lupa bagaimana Iraq, Afghanistan sendiri selepas diperintah proksi Amerika mereka kini dilanda perang saudara dan kekacauan akibat berbeza fahaman agama dan pertentangan bab politik yang berterusan hingga ke hari ini.

Semua hasil perancangan barat yang tidak mahu melihat negara Islam maju dan makmur.

Mereka telah dan akan gunakan pembangkang termasuk membiayai mereka seperti yang berlaku dan diakui sendiri portal spin terkenal iaitu Malaysiakini.

Baca artikel panglima sebelum ini tentang dana asing yang disuntik kepada pihak Malaysiakini yang diakui mereka sendiri.

Akhir sekali mari kita bersama mengekalkan Menteri Dalam Negeri sebagai Naib Presiden Umno No1 agar banyak lagi beliau dapat lakukan untuk rakyat Malaysia selepas ini.

Pandangan tuan puan di dalam perbualan seharian, sms, media sosial sudah pasti akan dapat membantu beliau dilihat dengan imej positif oleh perwakilan dalam pengundian esok hari.

Semoga pemimpin yang bagus dan berkesan akan menjadi pilihan.
Catat Ulasan