Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Disember 2013

myMetro | Putrajaya tuan rumah perlumbaan kereta elektrik - syabas PM @NajibRazak

PUTRAJAYA: Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini akan menjadi tuan rumah kedua Kejohanan FIA Formula E yang akan diadakan pada 18 Oktober 2014.

Kejohanan julung kali diadakan itu adalah perlumbaan menggunakan kereta elektrik dengan satu pemandu yang mampu bergerak dengan kelajuan sehingga 225 kilometer sejam (km/h). 

Siri kejohanan itu akan diadakan di 10 bandar utama di dunia bermula di Beijing, Putrajaya; Rio de Janeiro; Punta Del Este; Buenos Aires; Los Angeles; Miami; Monte Carlo; Berlin dan London. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau berharap kejohanan itu akan lebih memperkenalkan Putrajaya di seluruh dunia.


"Ini juga menunjukkan komitmen Malaysia menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon, selain menyokong pembangunan kereta untuk masa depan," katanya ketika berucap pada pelancaran kejohanan berkenaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, sebentar tadi.


Pada majlis itu, Najib turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian penganjuran antara Perbadanan Putrajaya (PPj) dan pihak penganjur Formula E.




Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate