Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Disember 2013

#PAU2013 @ustazfathulbari terjemah Imam Masjidil Haram Puji @NajibRazak Takrif Islam Dalam Perlembagaan

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/riVJOLPlt9s

Dalam isi penting diulas ialah tentang Ahlu Sunnah Wal jamaah.

Iaitu apa yang dibawa oleh Nabi dan sahabat baginda.

Disebut juga arahan dalam hadis disebut di atas iaitu عليكم بسنتي وسنة الخلفاء  الراشدين من بعدي 

Maknanya apa yang dilakukan sahabat perlu juga dijadikan Sunnah oleh umat Islam.

Bukan Sunnah semua sahabat tetapi Sunnah Khalifah khalifah yang MuRSYid dan mahdiyyin yakni yang memberi petunjuk kepada umat. Kerana merekalah yang sangat dekat dan warak selain faqih hasil bimbingan Nabi saw tentang agama.

Isu pertelingkahan dengan wahabi antaranya ada berkaitan dengan Sunnah Khalifah Nabi saw seperti Yang dilakukan Saidina Umar.

Maka sesiapa memahami perkataan Imam Masjidil Haram akan memahami bahawa kita perlu mengikut Ahli Sunnah Wal jamaah yang ditinggalkan Nabi dan sahabat khalifah baginda.

Maka ternafilah dakwaan bahawa perbuatan sahabat khalifah Nabi itu dianggap bidaah dan menyesatkan !

Lebih jelas imam Masjidl Haram tidak sekeras puak wahabi di Malaysia yang sentiasa mengalunkan zikir bidaah khurafat sepanjang masa mulut mereka bercakap soal agama.

Kerana itu wajah berseri tenang dan bercahaya di wajah mereka ...




Perdebatan Ahlis Sunnah Wal jamaah dengan Wahabi anda boleh ikuti di sini


Definisi Bidaah mengikut Imam Syafei anda boleh baca di sini :

" Sumbangan besar Imâm al-Shâfi`î (ra) dalam ilmu Usul al-Fiqh ialah pembahagian beliau terhadap makna 'perkara baharu' (al-bid'ah) dan 'perkara baharu yang diadakan' (al-muhdathât) iaitu samada 'baik' atau 'buruk bergantung kepada samada perkara itu selari dengan Shari'at.

Ini diriwayatkan secara Sahih dari dua muridnya yang terkenal pada zaman akhir kehidupan beliau iaitu, pakar hadith Mesir, Harmala ibn Yahyâ al-Tujaybî dan al-Rabî` ibn Sulaymân al-Murâdî:

Harmala menyebut, "Aku mendengar Imam al-Shâfi'e (r.a) berkata:
"Bid'ah itu dua jenis (al-bid'atu bid`atân)".
"Bid'ah yang dipuji (bid'ah mahmûdah) dan bid'ah yang dikeji (bid'ah mazmûmah).

Apa yang selari dengan Sunnah itu dipuji (mahmûdah) dan apa yang bertentangan itu dikeji (mazmûmah)."1

Beliau menggunakan dalil dari kenyataan Saidina 'Umar ibn al-Khattâb (r.a) kepada jemaah yang mengerjakan Sembahyang Terawih di bulan Ramadân dengan katanya:
"Alangkah cantiknya bid'ah ini!".

Al-Rabî` juga meriwayatkan kenyataan yang sama bahawa Imam Al-Shâfi`î berkata kepada kami:

'Perkara baharu yang diada-adakan itu dua jenis (al-muh dathâtu min al-umûri darbâin):
Pertama, perkara baharu yang bercanggah dengan al-Qur'an atau Sunnah atau athar Sahabat atau ijmâ' para ulama', maka bid'ah itu adalah sesat (fa hâdhihi al bid'atu dalâlah).

Kedua, ialah perkara baharu yang diadakan dari segala kebaikan (mâ uhditha min al-khayr) yang tidak bertentangan dengan mana- mana pun di atas, dan ini bukan bid'ah yang dikeji (wa hâdhihi muhdathatun ghayru madhmûmah).

`Umar (r.a) berkata terhadap sembahyang Terawih berjemaah di bulan Ramadhan:"Alangkah cantiknya bid'ah ini!" bermaksud bahawa 'perkara baharu' yang diada adakan yang belum ada sebelum ini, tetapi ianya tidak bercanggah dengan perkara diatas (Al-Qur'an, Sunnah, athar Sahabat dan Ijma').'"2

Oleh itu, Imam al-Shâfie telah meletakkan suatu kriteria asas, yang perlu digunakan dalam menjatuhkan hukum terhadap sesuatu 'perkara baharu'. Sehubungan dengan itu Imâm al-Haytamî, Qâdî Abû Bakr Ibn al-`Arabî, dan Imâm al-Lacknawî seterusnya menyambung:

"Bid'ah dari segi Shari'atnya ialah apa jua perkara baharu yang diadakan yang bertentangan dengan hukum yang diturunkan Allah, samada berdasarkan dalil-dalil yang nyata atau pun dalil-dalil umum". 3
"Hanya Bid'ah yang menyalahi Sunnah sahaja yang dikeji".4
"Bid'ah ialah semua perkara yang tidak wujud dalam tiga kurun pertama Islam dan di mana ianya tidak mempunyai asas bersumberkan empat sumber hukum Islam".5

Kesimpulannya, ianya tidak memadai bagi sesuatu perkara itu dikira 'bid'ah' [dan sesat] hanya semata-mata kerana ianya 'perkara baharu'; tetapi ianya perlulah juga dimasa yang sama bertentangan dengan Islam. "



Kepada pemimpin Umno jangan meniru PAS yang terima semua fahaman Syiah Khawarij Liberal sehingga merosakkan perjuangan pada akhirnya akibat kecelaruan ilmu dalam diri pemimpin mereka.

Mengekalkan Umno ialah dengan memastikan fahaman sebenar ASWJ selamat dari virus Wahabi Syiah Islam Liberal bukan menerima semuanya dalam parti.

Fahaman Majoriti umat Islam Malaysia mesti dipertahankan bukan minoriti akan menelan majoriti menggunakan "Tahaluf mazhab lilsiyasah"


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate