Pengikut Blog Panglima

19 Mac 2014

ZAHARIE SEMPAT PADAMKAN MAKLUMAT PENTING DALAM SIMULATORNYA SEBELUM TERBANGKAN #MH370 - @ZAHID_HAMIDI




Pihak polis mendapati kebanyakan maklumat di dalam simulator pesawat milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang kini dalam proses siasatan telah dipadamkan sebelum beliau menerbangkan pesawat MH370 ke Beijing 8 Mac lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walau bagaimanapun pihak polis menggunakan kaedah forensik untuk mendapatkan semula segala maklumat serta data yang telah dipadam itu.


"Apa yang dilakukan oleh pihak polis bukan untuk menuduh Kapten Zaharie atau memberi tekanan kepada keluarga tetapi kita melakukan siasatan paling terperinci berdasarkan beberapa kemungkinan," ujarnya



Agak ganjil juga maklumat penting yang sepatutnya ada dalam simulatornya telah dipadamkan.


http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2014/03/kapten-zaharie-sempat-memadamkan.html






BERITA :
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD



PUTRAJAYA 19 Mac - Kebanyakan maklumat di dalam simulator pesawat milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang kini dalam proses siasatan polis telah dipadamkan sebelum beliau menerbangkan pesawat MH370 ke Beijing 8 Mac lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walau bagaimanapun pihak polis menggunakan kaedah forensik untuk mendapatkan semula segala maklumat serta data yang telah dipadam itu.

"Apa yang dilakukan oleh pihak polis bukan untuk menuduh Kapten Zaharie atau memberi tekanan kepada keluarga tetapi kita melakukan siasatan paling terperinci berdasarkan beberapa kemungkinan," ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Catat Ulasan