Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 April 2014

Timbalan Perdana Menteri @MuhyiddinYassin Rasmi Batu Asas Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai Hari Ini


Berita Semalam :



KOTA BHARU 31 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan kerja selama sehari ke Kelantan esok.

Beliau bersama rombongan dijadual tiba di negeri ini pada pukul 9.05 pagi dan bertemu dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Kelantan dalam mesyuarat tertutup di Pejabat Perhubungan UMNO negeri di sini.

Selepas itu, beliau akan merasmikan majlis perletakan batu asas Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai di Tiong di sini.

Lebuh raya itu adalah salah satu daripada tujuh janji Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu sekiranya BN diberi mandat untuk mentadbir negeri ini.

Pada pukul 2.25 petang, Muhyiddin akan menghadiri majlis perjumpaan guru-guru Kelantan di Markas 8 Briged, Pengkalan Chepa.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan dijangka memberi amanat khusus kepada warga pendidik dari seluruh negeri ini.

Muhyiddin dijadual mengakhiri lawatan kerja sehari itu pada pukul 5.15 petang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140401/dn_07/Muhyiddin-melawat-Kelantan#ixzz2xbYi7DkM
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate