Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Mei 2014

Kenyataan @Chegubard Kecam Penahanan Suspek Militan Anggota SAMM oleh @PDRMsia - Adalah Biadap !!!



SAMM telah mengecam tindakan polis menahan anggotanya atas dakwaan militan. Dalam hal ini beliau membangkitkan beberapa perkara seperti artikel disiar Milo Suam di bawah yang mana tidak berasas sama sekali.

Penahanan oleh PDRM sudah tentu didahului dengan maklumat yang cukup lengkap sebelum dakwaan dibuat. Kenyataan beliau berbunyi : Bagaimana pihak PDRM boleh membuat kesimpulan bahawa mereka ini sedang ingin berlepas ke negara bergolak untuk berjihad? tentunya tidak masuk akal dengan kepakaran pihak polis dan risikan yang telah dilakukan dan terbukti dengan kejayaan demi kejayaan selama ini.

Tindakan membuat andaian-andaian liar ini tidak mencerminkan kesediaan anak muda SAMM untuk mematuhi keluhuran perlembagaan yang menjadi Rukun Negara kita. Chegubard perlu menghormati pihak berkuasa dan berhenti membuat andaian liar untuk menghasut perasaan anak muda membenci negara

Ketika pihak lain menerima tindakan ini demi keselamatan negara kenapa beliau pula bising dan membuat kenyataan media mengecam tindakan ini ?

Kebanyakan yang terpengaruh ialah kumpulan Salafi Jihadi yang lebih kurang sama dengan Al Qaeda yang radikal dan militan. Menghalalkan pembunuhan dan ekstrem.


Gambar anak muda SAMM yang ditahan :




Sila baca kenyataan Chegubard di bawah :

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengesahkan bahawa seorang aktivis kami telah ditahan di bawah Seksyen 4(1), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) atau SOSMA. Saudara Saiden Muslimin Ismail telah ditahan dengan pertuduhan disyaki sebagai pengganas yang ingin menjalankan misi jihad di beberapa negara yang sedang bergolak.

Saiden Muslimin Ismail adalah anggota SAMM Muar, juga berasal dari Muar, Johor. Beliau yang berumur 24 tahun, baru sahaja mendirikan rumahtangga pada akhir tahun 2013, ketika ini bergerak aktif dalam menjayakan banyak program anjuran SAMM.  
Mengapa penahanan dengan tuduhan misi jihad ini dilakukan sebaik sahaja Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama selesai mengadakan lawatan beliau ke Malaysia? Timbul persoalan bahawa ini merupakan satu cubaan untuk membodek Amerika Syarikat agar Malaysia dilihat sebagai sebuah negara sekular yang bersekutu dengan Amerika Syarikat. 

Apakah penahanan ini menuntut sokongan White House dalam isu kecelaruan demokrasi yang sedang berlaku Malaysia sepertimana yang telah dibangkitkan oleh Obama ketika lawatannya minggu lalu?
 
Mengikut laporan media, kesemua yang ditahan ini merupakan satu kumpulan yang kononnya akan berlepas ke negara bergolak untuk berjihad. Sekali lagi, akta drakonian ini digunakan untuk menahan orang awam diatas satu kesalahan yang belum berlaku. 

Penahanan atas satu kesalahan yang berdasarkan kepada andaian dan risikan sedangkan PDRM mengakui ada di antara orang kena tahan ini tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dengan Polis. Bagaimana pihak PDRM boleh membuat kesimpulan bahawa mereka ini sedang ingin berlepas ke negara bergolak untuk berjihad?

SAMM tidak menolak kemungkinan penahanan yang melibatkan anggota SAMM Johor adalah satu asakan politik untuk mengaitkan gerakan anak muda yang menentang dasar kerajaan dengan aktiviti militan.

SAMM menuntut perbicaraan segera dan SAMM juga ingin memperingatkan pihak PDRM agar tidak mengabaikan hak-hak Orang Kena Tahan ini sepanjang kes ini disiasat. SAMM akan terus memerhati dari dekat akan perjalanan kes ini dan mengambil tanggungjawab penuh dalam usaha membebaskan aktivis kami daripada pertuduhan ini serta kebajikan isteri dan waris beliau.

Sehubungan itu, SAMM berharap agar peguam-peguam rakyat dan juga gerakan masyarakat sivil yang lain dapat tampil bersama kami dalam membantu membebaskan aktivis kami daripada segala pertuduhan ini.

Aksi penahanan terhadap 'muslim yang memilih jalan berjihad' sempena kedatangan Obama ini juga mencerminkan betapa pemerintah negara ini 'barua' kepada zionis.

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2014/04/bodek-amerika-rakyat-jadi-mangsa-undang.html#ixzz30QDNDEhl

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate