Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Mei 2014

Penjelasan Ceramah BN di Sekolah Kebangsaan Selabak #prktelukintan @Bernama

TELUK INTAN, 20 Mei Penggunaan kawasan Sekolah Kebangsaan Selabak sebagai tapak ceramah Barisan Nasional (BN) malam ini sempena pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, dibuat mengikut peraturan ditetapkan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketua Umno Bahagian Teluk Intan Datuk Saiful Bahar Mohd Arshad berkata
sebelum memutuskan untuk mengadakan ceramah di kawasan sekolah itu, pihaknya
telah merujuk kepada SPR memandangkan tidak ada kawasan lapang dan sesuai di
kawasan itu bagi tujuan tersebut.

"Saya sudah hantar surat kepada guru besar sekolah itu untuk kebenaran
menggunakan kawasan itu dengan menyewa tapak itu pada harga RM500.

"Kita juga telah mendapatkan permit polis untuk mengadakan ceramah itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini bagi mengulas dakwaan Pemuda PAS yang mengecam tindakan BN mengadakan ceramah di kawasan sekolah, Saiful Bahar berkata Pemuda PAS telah menggunakan isu itu hanya untuk mengelirukan pengundi Parlimen Teluk Intan.

Malah Pemuda PAS sendiri sehingga hari ini tidak mendapatkan permit polis bagi program ceramah mereka, dakwanya.

" Siapa yang tidak ikut undang-undang, kita atau PAS," katanya.
-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate