Pengikut Blog Panglima

13 Jun 2014

JATI selar kenyataan Ngeh umat Islam perlu diberi laluan tukar agama

 
JATI selar kenyataan Ngeh umat Islam perlu diberi laluan tukar agama
JATI selar kenyataan Ngeh umat Islam perlu diberi laluan tukar agama
Presiden JATI, Datuk Dr Hassan Ali - Gambar fail
KUALA LUMPUR:  Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) pada Khamis menyelar kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang berkata masyarakat Islam sepatutnya memberi laluan kepada orang-orang Islam yang mahu menukar agama.

Presidennya Datuk Dr Hassan Ali berkata dalam satu kenyataan komen Ngeh adalah bertentangan dengan semangat peruntukan Perlembagaan.

"Beliau seolah-olah sengaja tidak mahu memahami darjah sensitiviti masyarakat Islam terhadap isu-isu sensitif yang beliau pernah kemukakan," kata Dr Hassan.

Menurut beliau, Ngeh telah gagal untuk memahami peruntukan Perlembagaan Artikel 11 di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan mengenai ruang lingkup kebebasan agama di negara ini.

"Artikel ini hendaklah dibaca bersama Fasal (4) dan (5) di mana kebebasan memilih dan menganut mana-mana agama bagi orang Islam sebenarnya sudah dilindungi oleh peruntukan tersebut.

"Masyarakat Islam bukan sahaja dilarang keras untuk menukar agama atau murtad malah adalah menjadi satu kesalahan dari segi undang-undang untuk mendedahkan kepada masyarakat Melayu perkara-perkara yang membawa kepada mereka meninggalkan agama asal mereka," kata Dr Hasan dalam kenyataan tersebut.


Berikut adalah kenyataan akhbar penuh Dr Hasan mengenai isu murtad:

Mewakili JATI, saya ingin memberi komen terhadap kenyataan biadab yang dibuat oleh YB Datuk Ngeh Koo Ham mengenai masyarakat Islam sepatutnya memberi laluan kepada orang-orang Islam yang mahu menukar agama ataupun murtad. YB Ngeh telah mengemukakan Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan sebagai asas kepada kenyataan yang dikeluarkan itu.

Dalam penelitian kami, YB berkenaan sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bukan sahaja bertentangan dengan semangat peruntukan Perlembagaan tetapi lebih daripada itu, beliau seolah-olah sengaja tidak mahu memahami darjah sensitiviti masyarakat Islam terhadap isu-isu sensitif yang beliau pernah kemukakan.

JATI menganggap YB tersebut :

a. Gagal memahami semangat peruntukan Perlembagaan terhadap maksud sebenar Artikel 11. Artikel ini hendaklah turut dibaca bersesekali dengan Fasal (4) dan (5) dalam mana kebebasan memilih dan menganut mana-mana agama bagi orang Islam sebenarnya sudah dilindungi oleh peruntukan tersebut. Masyarakat Islam bukan sahaja dilarang keras untuk menukar agama atau murtad malah adalah menjadi satu kesalahan dari segi undang-undang untuk mendedahkan kepada masyarakat Melayu perkara-perkara yang membawa kepada mereka meninggalkan agama asal mereka. Selain daripada itu Enakmen-Enakmen Negeri perlu juga di ambil kira dalamana Enakmen-Enakmen tersebut dirangka selari dan serasi dengan peruntukan semangat Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kes-kes pemurtadan tidak akan berlaku di kalangan masyarakat Islam.

b. Kelihatan YB Ngeh begitu jahil walaupun telah lama bercampur dengan masyarakat Islam. Beliau sepatutnya telah menyedari bahawa di dalam Islam murtad merupakan kesalahan Jenayah Syariah di antara yang paling besar dan berat dengan menyediakan hukuman yang setimpal bagi mereka yang berhasrat untuk melakukannya.

c. Sebagai pemimpin yang mewakili sebahagian besar rakyat berbilang kaum, adalah tidak wajar bagi YB berkenaan memain dan memutarbelitkan peruntukan Perlembagaan dengan membuat tafsiran sendiri. Tafsiran beliau jelas bertentangan dengan Perlembagaan, Enakmen Negeri dan yang paling penting pandangan beliau bertentangan dengan kefahaman masyarakat Islam mengenai isu tersebut. Pandangan beliau juga yang semestinya beliau mengetahui adalah bertentangan dengan AlQuran dan Sunnah yang menjadi asas utama sistem Perundangan Islam.

d. YB Ngeh kelihatan seperti seolah-olah ingin terus mencabar kesabaran umat Islam dan warga Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian. JATI tidak nampak kenyataan YB Ngeh tu memberi apa-apa nilai positif terhadap perhubungan antara rakyat yang berlaina agama, keturunan dan fahaman politik di Negara ini.

e. Kenyataan YB Ngeh juga dilihat mempunyai ciri-ciri persamaan dengan tuntutan COMANGO yang menjadi "musuh" nyata kepada umat Islam Negara ini. Dibimbangi antara mereka mempunyai strategi yang lebih jauh untuk melobi diperingkat antarabangsa untuk memberi tekanan berterusan kepada kerajaan Malaysia untuk tunduk kepada tuntutan hak asasi yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan Negara kita.

Jelas kelihatan bahawa gesaan dan tuntutan seperti ini bukan sahaja digerakkan melalui pertubuhan dan kesatuan seperti COMANGO dan lain-lain NGO yang bersekutu dengan mereka tetapi di sana sini seolah-olah telah tertanam beberapa individu yang akan mengemukakan hujah-hujah yang tidak dapat tidak akan membakar semangat perkauman dan mencetuskan pergolakan antara agama yang sudah tentu menimbulkan malapetaka kepada Negara dan rakyat yang cintakan kedamaian dan kesejahteraan.

Pihak-pihak yang berwajib perlu meneliti kenyataan-kenyataan dan gesaan-gesaan yang sedemikian agar setidak-tidaknya wujud mekanisme pencegahan yang boleh diyakini oleh rakyat. Malangnya, hingga kini kelihatan seolah-olah ada pihak-pihak yang boleh mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang sensitif seperti ini dan dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan yang diambil oleh mereka yang berautoriti.

Akhirnya, demi kesejahteraan dan keharmonian negara ini, JATI berpandagan YB Ngeh Koo Ham perlu segera menarik balik kata-kata beliau tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Islam di Negara ini. Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, JATI ingin membuat cabaran kepada YB Ngeh agar tampil mengulangi kenyataan beliau tersebut di luar Dewan Rakyat bagi membolehkan tindakan yang sewajarnya dapat diambil ke atas beliau  sesuai dengan darjah keseriusan kenyataan yang telah dikeluarkan itu.


http://www.astroawani.com/news/show/jati-selar-kenyataan-ngeh-umat-islam-perlu-diberi-laluan-tukar-agama-37652

----
Kongsi melalui applikasi iPhone Astro Awani
http://www.astroawani.com/apps
---


Sent from my iPhone
Catat Ulasan