Pengikut Blog Panglima

15 Jun 2014

Pelancaran PR1MA oleh YAB PM @NajibRazak di Teluk Intan Semalam



TELUK INTAN, 14 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu mengumumkan beberapa inisiatif bagi pembangunan Teluk Intan termasuk pembinaan 5,000 unit rumah di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan penubuhan cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sebagai memenuhi manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, beliau juga mengumumkan peruntukan RM5 juta bagi projek pembangunan kawasan berkenaan.

"BN adalah sebuah parti yang berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa BN menetapi janji dan membawa harapan kepada penduduk kawasan ini," kata Najib ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat dan pelancaran PR1MA Teluk Intan.

Bagi projek PR1MA, Perdana Menteri berkata sebagai permulaan, sebanyak 1,000 unit rumah akan dibina di kawasan Parlimen berkenaan.

Projek PR1MA Teluk Intan secara keseluruhan melibatkan kawasan seluas 202 hektar.

Projek PR1MA di Teluk Intan melibatkan kerjasama antara Perbadanan PR1MA Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Koperasi Pegawai-pegawai Melayu Malaysia Bhd (MOCCIS).

Bagi penubuhan cawangan UPSI pula, Najib berkata kampus berkenaan akan menempatkan 1,000 guru yang akan dilatih dalam bidang vokasional dan teknikal.

"Kawasan Teluk Intan akan mendapat kesan begitu baik. Pembinaan cawangan UPSI)itu akan cuba siap tiga hingga empat tahun akan datang," kata Perdana Menteri.

Selain peruntukan RM5 juta itu, beliau berkata sebagai bakal menteri, Anggota Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong akan menerima peruntukan khas yang dapat digunakan untuk kepentingan penduduk kawasan berkenaan.

Najib berkata semua peruntukan yang disalurkan adalah untuk memenuhi permintaan penduduk Teluk Intan.

Perdana Menteri merakamkan penghargaan kepada pengundi Teluk Intan kerana menyokong BN sehingga membawa kepada kemenangan Mah pada PRK Parlimen itu, 31 Mei lepas selepas menewaskan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.

"Saya datang untuk memastikan janji-janji (BN) ditunaikan. Saya nak ucap setinggi-tinggi perhargaan kepada pengundi yang menyokong BN.

"Saya tidak sedap duduk kalau saya tidak turun hari ini untuk berjumpa rakyat Teluk Intan," katanya yang juga Pengerusi BN.

Beliau berkata kemenangan itu membuktikan pengundi yakin BN adalah parti yang menepati janji dan membawa harapan baharu kepada penduduk kawasan itu.

"Kita menang kerana kebolehpercayaan rakyat terhadap BN meningkat. Ramai yang merasakan bahawa jika BN diberi peluang akan berlaku perubahan persekitaran daripada segi pembangunan sosio-ekonomi," katanya.

--BERNAMA



DS Ahmad Zahid Hamidi bersama Dato Halim (kiri) menunggu
Ketibaan YAB Perdana Menteri di Rumah Rehat Teluk Intan


DS Ahmad Zahid memberi semangat kepada penyokong setia BN 
Yang menunggu



Ketibaan YAB PM DS Najib Tun Ab Razak 


Pertemuan tertutup dengan pemimpin BN bersama wakil rakyat baru Datuk Mah Siew Keong


Program di Menara Condong Teluk Intan dihadiri ribuan 
rakyat tempatan

Pentas utama program menjadi saksi janji janji BN ditepati

Kemesraan dua pemimpin yang sempat dirakam

Bacaan doa sebelum YAB PM menaiki helikopter pulang ibu negara



Sent from my iPhone
Sent from my iPhone
Catat Ulasan