Semalam, kami menerima pesanan menerusi aplikasi WhatsApp yang menyatakan pelakon Umie Aida telah menarik diri dari menjadi duta syarikat jualan langsung YSLM dan telah memulangkan kembali wang RM80,000 yang diberikan.
Menerusi pesanan tersebut, Umie menjelaskan bahawa dia tak ada sebarang kaitan dengan syarikat itu lagi dan meminta gambarnya tidak digunakan untuk sebarang tujuan.
Untuk pengetahuan, Umie turut menegaskan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika gambarnya digunakan.
Panglima :
Dalam masa yang sama selain menggunakan artis, didapati syarikat ini telah menggunakan kesempatan menjemput pemimpin negara seperti DS Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Datuk Idris Haron untuk melariskan syaritat mereka.
Modus operandi ini ulangan kepada skim cepat kaya sebelum ini yang juga turut menggunakan nama dan tokoh tertentu untuk melariskan jualan mereka.
Harap rakyat jangan terpedaya dengan taktik mereka dan memeriksa terlebih dahulu siapa dan apa yang dijalankan samada benar atau tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan