Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Julai 2014

NGO JATI Bidas @KhalidSamad Seolah Samakan Diri Dengan Rasulullah SAW !!!



NGO JATI Bidas @KhalidSamad Seolah Samakan Diri Dengan Rasulullah SAW !!! 


Khalid Samad  dalam tweet beliau telah mengimbas perjuangan Rasulullah saw menghadapi kafir Taif dengan situasi dirinya berdepan dengan kemurkaan Sultan Selangor ke atas dirinya yang terlepas cakap mahu kuasa eksekutif MAIS dihapuskan. Konon demi elak Sultan menjadi sasaran kritikan.



Menyamakan situasi diri beliau dengan Nabi saw adalah perkara paling kelakar dan tidak masuk akal sama sekali. Kerana perjuangan beliau mempertahan kalimah Allah dalam Bible tidak akan sama perjuangan Nabi menyeru dakwah kepada Allah!

Ia jelas tindakan lagi biadap pernah dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen PAS yang sering mengunjungi gereja gereja selama ini untuk berceramah hingga menjadi penyokong kuat mempertahan kes Bible yang dirampas pihak berkuasa agama.

Usaha beliau mahu membina persepsi bahawa dirinya hanya mahu mengelak kritikan terhadap DYMM Sultan Selangor tidak akan berjaya kerana umum tahu beliau turut terlibat membantah dalam isu rampasan Bible di mana MAIS juga terlibat dalam hal ini.



Keliberalan beliau sesungguhnya telah mengundang kemurkaan Sultan Selangor yang begitu murka atas tindakannya yang dianggap begitu biadap oleh baginda dan juga orang ramai. 

Adakah Tuanku Sultan tidak membaca kenyataan beliau yang sebenarnya atau ia strategi untuk 'membodohkan' Tuanku?

Hingga kini PAS membisu tanpa memberi komen atas tindakan Khalid Samad itu walau begitu cepat pula bertindak dalam kes Dr Hassan Ali demi menjaga hati rakan Pakatan Rakyat. Yang ada kenyataan yang tidak menyokong Khalid Samad tanpa sebarang pengumuman untuk menggugurkannya sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Pesuruhanjaya PAS Selangor.



PAS perlu pastikan Khalid Samad berambus keluar dari Shah Alam dan meletak jawatan serta diharam dari memijak bumi Selangor hingga diampunkan Tuanku. 

Rakyat Selangor juga perlu menyuarakan bantahan terutama menggunakan media sosial mendesak beliau dipecat demi memastikan jangan ada lagi manusia yang akan biadap seperti kebiadapan Khalid Samad !!!

Video ulasan NGO JATI sila lihat di sini http://youtu.be/ObqRziPyBPU

Sebarkan demi Islam Melayu dan Malaysia


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate