Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Julai 2014

Remaja Suara Merdu dari Penjara Akan Dijadikan Anak Angkat - Menteri @Zahid_Hamidi






Zahid mahu jadikan Muhammad anak angkat


KUCHING 15 Julai - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan hasrat untuk mengambil Muhammad Jamaluddin, 16, yang videonya mengalunkan bacaan al-Quran sewaktu berada dalam lokap polis menjadi viral di laman sosial sebagai anak angkat.

Beliau berkata, beberapa pihak lain turut menyatakan hasrat yang sama namun perkara itu tertakluk kepada urusan dokumen perjalanan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

"Ketika ini, saya tidak boleh mencampuri urusan mahkamah mengenai status Muhammad tetapi saya akan cuba membantu remaja ini melalui sistem pentadbiran negara.

"Apabila mahkamah membuat keputusan, saya sendiri akan mengumumkan status Muhammad," katanya yang menyifatkan remaja itu yang kini menjadi imam di Penjara Machang, Kelantan sebagai seorang yang baik dan fasih hafalan al-Quran.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena majlis berbuka puasa bersama warga Kementerian Dalam Negeri di Masjid Al-Mujahiddin Kompleks Perumahan Polis, Tabuan Jaya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, remaja itu bagaimanapun bukannya berketurunan Rohingya sebagaimana didakwa melalui laman sosial, sebaliknya ibunya merupakan warganegara Thailand manakala bapanya dari Kemboja.

Katanya, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Aloyah Mamat telah mengadakan pertemuan dengan Muhammad bagi mengetahui status sebenarnya.

"Jika betul dia (Muhammad) mempunyai dokumen, kita akan berusaha mendapatkan salinannya dan seterusnya kita akan membantu jika dia mahu pulang untuk berhari raya.

"Sekiranya ada yang mendakwa Muhammad telah berada di sini sejak dua atau tiga tahun lalu, ini bermakna dia tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah namun kita tetap akan berusaha membantunya," katanya.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate