KUALA LUMPUR, 26 Julai – Majlis berbuka puasa bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini meriah dengan dihadiri oleh lebih dua ribu jemputan dari pelbagai peringkat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Rosmah Mansor, Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh turut hadir dalam majlis berbuka puasa tersebut,
Selain itu, turut kelihatan menghadiri mahlis tersebut ialah mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bersama isteri, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal, Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Shirlin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin dan beberapa kenamaan lain, termasuk kakitangan ibu pejabat UMNO turut hadir bersama bagi memeriahkan majlis berbuka puasa yang menjadi acara rutin di dalam bulan Ramadan setiap tahun.
Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan hamper kepada lebih 100 orang anak yatim yang turut dijemput dari beberapa buah asmara anak yatim di sekitar Kuala Lumpur bagi memeriahkan lagi program berbuka puasa tersebut.
Selesai berbuka puasa, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yasin bersama para hadirin lain turut menunaikan solat berjemaah Marghrib dan Isyak, dan seterusnya menunaikan solat terawih di Surau Ar Rahman bertempat di PWTC. -MediaUMNO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan