Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Ogos 2014

Awas! Gerakan ala “Baju Merah Bangkok” Sedang Dirancang | Karim's Blog


Awas! Gerakan ala "Baju Merah Bangkok" Sedang Dirancang

Mengambil contoh dan pengalaman gerakan "baju merah" di Bangkok, ada pihak di Tanah Air telah pun ke Bangkok untuk berbincang menimba pengalaman pimpinan mereka melancarkan gerakan massa dan bagaimana dapat bertahan begitu lama hingga dapat mengugat kerajaan Abashit yang memerintah ketika itu.

Pihak-pihak yang terlibat kini sedang merancang untuk melaksanakan pelan tindakan serta memeta pelbagai senario kemungkinan tindakan  untuk menggerakkan puluhan ribu "penyokong" mereka.

Saya mengguna istilah "penyokong" dalam kurungan kata kutip kerana dalam perbincangan mereka dengan penggerak kumpulan "baju merah" mereka bertanyakan bagaimana ribuan "penyokong" mereka dapat setia bertahan bersama mereka berhimpun berbulan lamanya di kota Bangkok.

Maka, jawapan yang diterima ialah para "penyokong" ini kebanyakannya adalah terdiri dari orang luar kota Bangkok atau dari pinggiran kota Bangkok (kawasan orang-orang miskin) yang dibayar khusus untuk bertahan selama mereka berhimpun di tempat strategik tersebut. Mereka mempunyai dana yang mencukupi untuk membawa para orang luar ini dan diupah untuk duduk guling-guling membantah. Ramai di kalangan para penyokong ini sendiri tidak faham pun apa yang mereka perjuangkan tetapi asalkan mereka dibayar mereka sanggup melakukan "kerja" yang diupah itu.

Maka, pihak-pihak yang terlibat ini sedang merancang dan mencari dana yang mencukupi untuk satu gerakan protes guling-guling bagi memuaskan nafsu serakah sesetengah pemimpin yang haloba dengan kuasa.

Kita kena ingat dan lihat kembali bagaimana perhimpunan BERSIH bermula dan didanai. Kebanyakan orang hanya maklum bahawa ianya suatu gerakan bantahan menuntut proses pilihanraya di Tanah Air kita berjalan dengan bersih dan telus. Murni sungguh gambaran yang diberikan.

Dan orang ramai ingatkan bahawa ianya digerak dan dirancang oleh beberapa aktivis masyarakat tempatan dan dirancang mungkin beberapa bulan sebelum itu. Mungkin sebahagian kecil aktivis yang terlibat ini secara naifnya tidak sedar pun rancangan  dalang luar yang memberi pandu tunjuk.


Selanjutnya baca :

http://akarimomar.wordpress.com/2014/08/14/awas-gerakan-ala-baju-merah-bangkok-sedang-dirancang/


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate