Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 September 2014

Ahmad @Zahid_Hamidi antara tujuh menteri terima Pingat Kedaulatan Negara | Astro Awani







KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara tujuh menteri kabinet menerima Pingat Kedaulatan Negara sebagai menghargai jasa dan peranan mereka dalam Operasi Daulat bagi membanteras penceroboh bersenjata dari selatan Filipina yang menceroboh Sabah.

Selain itu Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim turut menerima anugerah sama.

Pingat disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, di sini hari ini.

Tujuh menteri berkenaan merupakan antara 129 penerima Pingat Kedaulatan Negara yang diwujudkan khas kepada anggota keselamatan serta pegawai awam yang telah menyumbang khidmat sokongan dalam Operasi Daulat di Sabah.

Antara pemimpin lain menerima pingat itu ialah Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan kepada kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Lebih 200 penceroboh bersenjata menceroboh kawasan Pantai Timur Sabah di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna pada 12 Feb 2013.

Ogos tahun lepas,Najib turut menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada 227 pengamal mediayang membuat liputan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah.

Ia bagi menghargai pengorbanan pengamal media yang membuat liputan semasa Ops Daulat kerana mereka turut terdedah kepada risiko yang tinggi.



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate