Saya tidak mahu komen cuma nampak semakin lama Dr Wan Azizah menjadi bahan untuk diserang oleh pihak yang menolak keputusan Anwar meletakkan isterinya sebagai MB Selangor. Hari ini Istana Selangor telah menzahirkan kemurkaan atas tindakan tidak menghantar nama seperti dikehendaki oleh DYMM Sultan sebanyak dua nama paling kurang. PKR dan DAP telah menghantar hanya satu nama berbanding PAS yang lebih faham titah Sultan dan menghantar tiga nama.
Kebiadapan ini adalah harga yang harus dibayar rakyat Selangor yang memang sudah menyesal memilih Pakatan yang bukan sahaja tidak berdaftar bahkan banyak membuat onar sesama sendiri.
Kajang Move atau langkah Kajang juga bermula dengan perletakan jawatan Adun Kajang demi memberi laluan kepada Dr Wan Azizah dan kini ANwar mungkin tidak menyangka beliau sudah tidak lagi dituruti segala kehendaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan