Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 September 2014

@UMOnline - Kata dua @Zahid_Hamidi kepada @CmLimGuanEng


Kata dua Zahid kepada Guan Eng

POLIS mendapat perintah tahanan reman sehari ke atas 136 daripada 156 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan di bawah Akta Pertubuhan 1966 selepas menyertai perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang, kelmarin.- UTUSAN/Azman Asmayatim

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Kementerian Dalam Negeri mengarahkan Kerajaan DAP Pulau Pinang membubarkan segera Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) kerana badan itu merupakan sebuah organisasi haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika Lim Guan Eng berdegil tidak mahu membubarkan PPS, Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu bersedia dan berani untuk menghadapi sebarang tindakan undang-undang dalam masa terdekat.

Beliau yang berdiri teguh dan menyokong penuh tindakan tegas polis ke atas PPS berkata, laporan menunjukkan pasukan itu bukan sahaja bermotif politik tetapi ada dalam kalangan ahlinya terlibat dengan jenayah kekerasan sama ada memukul atau mengugut.

"Tindakan polis ke atas PPS dibuat kerana organisasi ini tidak berdaftar sebagaimana disahkan ROS dan tentu sekali apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah perbuatan mencabar undang-undang sedia ada seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Memang sejak dari awal lagi polis tidak meluluskan walaupun Guan Eng ada membuat permohonan kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kerana kita mendapat tahu bahawa wujud sesuatu yang tidak kena di sebalik objektif mahu menjadikan PPS sebagai sebuah pasukan sukarelawan.

"Jadi sebelum berlanjutan, elok bubarkan sahajalah kerana kalau dibiarkan nanti, negeri lain juga mahu melakukan perkara sama dan ini tidak baik," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Segambut di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Kamarudin Ambok.

Polis semalam menyahut cabaran Guan Eng untuk bertindak ke atas PPS apabila menahan 154 anggota pasukan itu di bawah Akta Pertubuhan 1966 selepas mereka berarak dengan memakai jaket keselamatan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada pukul 10.15 pagi.

Kepada soalan portal propembangkang apakah tidak keterlaluan menahan sehingga 154 anggota PPS, Ahmad Zahid dalam nada sinis menjawab:

"Berapa jumlah yang (difikirkan) sesuai (oleh pembangkang)? (adakah) Kalau tahan dua baru sesuai?"

Terdahulu, dalam ucapannya, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, penahanan 154 anggota PPS dibuat berdasarkan undang-undang selepas beberapa siri peringatan diberi agar mereka menghentikan segala kegiatan tetapi tidak dihiraukan.

Katanya, walaupun beliau tidak terlibat secara langsung dalam isu PPS kerana perkara tersebut membabitkan soal operasi polis, tetapi kementerian memuji ketegasan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam hal berkenaan.

"Nasihat saya kepada orang yang mencabar polis ini (Guan Eng) supaya lihat dan baca Perlembagaan Persekutuan terlebih dahulu. Soal keselamatan dan pertahanan ini adalah bidang kuasa kerajaan Pusat, bukan kerajaan negeri seperti yang beliau dakwa.

"Jadi janganlah mencabar polis kerana hanya kerajaan Pusat sahaja yang mempunyai kuasa untuk menubuhkan apa-apa badan bagi tujuan keselamatan dan keamanan," katanya.


http://m.utusan.com.my/Dalam_Negeri/20140902/dn_01/Kata-dua-Zahid-kepada-Guan-Eng


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate