Pengikut Blog Panglima

23 Oktober 2014

KP Wilayah @RazlanRafii Bidas @RealDrMaza Label Ulama Anjing Selepas Halalkan Sentuh Anjing





Kenyataan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila mengumpamakan golongan ulama yang menyembunyikan kebenaran seperti “anjing menjelirkan lidah” dibidas sekeras-kerasnya Pemuda Umno Wilayah Persekutuan.


Ketuanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii (gambar) berkata tindakan bekas mufti Perlis itu bukan sahaja memalukan malah ‎secara tidak langsung memperlekehkan umat Islam di negara ini.


Lebih daripada itu katanya, oleh kerana kelantangan tokoh Islam itu mengkritik ulama lain secara terbuka, ia menyebabkan kaum lain mengambil kesempatan memburukkan agama Islam.


"Kita amat kecewa apabila beliau (Asri), seorang tokoh agamawan membuat kenyataan begitu. Ia kata-kata yang amat memalukan dan memperlekehkan orang Islam di seluruh Malaysia.


"Kerana perbuatannya yang mengkritik secara terbuka, akhirnya umat Islam dimalukan apabila pemimpin parti chauvanist (DAP) mengambil kesempatan memainkan isu ini," kata Razlan.


Beliau merujuk kepada ‎entri status Facebook Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming yang menulis: "Sentuh anjing tidak haram di sisi Islam, kata bekas mufti Datuk Dr Mohd Asri. Orang Umno boleh faham?"


Nga merujuk kepada posting Asri di Facebook pada Ahad malam, membuat kesimpulan “tidak haram menyentuh anjing” selepas merujuk beberapa pandangan ulama terdahulu dan mazhab berbeza.


Semalam, beliau menulis satu lagi posting, menyamakan ulama yang mengeluarkan “fatwa mengampu” demi kepentingan dunia sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.


"Al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah," tambahnya.


Razlan hari ini memberi amaran kepada Nga berhenti daripada mempergunakan kenyataan Asri itu untuk memburukkan agama Islam.


"Pemimpin DAP itu perlu berhenti daripada terus memperlekehkan umat Islam lain," katanya.


Beliau juga berkata, Asri sepatutnya memberi nasihat yang jelas tanpa perlu mengelirukan lagi umat Islam.


"Sebagai tokoh agamawan, Asri sepatutnya memberi penjelasan dengan lebih terbuka, tanpa adanya percanggahan menyebabkan kekeliruan," katanya.


Razlan juga mendakwa kenyataan bekas mufti itu hanya semata-mata ingin meraih perhatian tanpa mempedulikan kepentingan umat Islam.


"Sebagai umat Islam, kita semua tahu anjing itu boleh dipegang dalam keadaan kering, namun tidak boleh dalam keadaan lembab. Hukum tetap hokum, mana boleh dipermainkan.


"Sebab itu saya mempersoalkan kenapa beliau perlu mengkritik dengan perkataan menyakitkan hati? Sebagai ikon agama, bila beliau menyatakan demikian, orang chauvinist mula mengambil kesempatan.


"Dan bagaimana pula kaum lain hendak tertarik dengan Islam kalau ulama kita pun berbeza-beza pandangan?" katanya.


Oleh sebab wujudnya pandangan yang berbeza antara ulama inilah katanya, Pemuda Umno dalam Perhimpunan Agung Tahunan tahun lepas meminta Putrajaya mewartakan mazhab Shafie.


"Kita minta kerajaan wartakan mazhab Shafie tahun lepas sebab kita tidak mahu ada kekeliruan," kata Razlan. – 22 Oktober, 2014.

- See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.com/2014/10/razlanrafii-kenyataan-bekas-mufti.html#sthash.yO5Vfrvq.dpuf




Panglima : sesiapa yang masih berminat sanjung Asri dan jemput Asri masuk TV perlulah berhenti berbuat demikian. Semalam RTM1 nampak masih 'berahi' menjemput Asri menjadi ahli panel.


Catat Ulasan