Pengikut Blog Panglima

29 November 2014

Kalau UMNO Mahu Berubah Inilah Caranya @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi @Mohdshafieapdal @HishammuddinH20 @Khairykj @ShahrizatJalil

Untuk berubah kena ubah hati kita dahulu dengan mencari Ulama hakiki...

Tidak guna perubahan bersandarkan ikutan kerana kesedaran dalaman lebih utama untuk ditekankan.

Parti atau diri yang mahu berubah perlu dididik ulama rabbani bukan liberal atau wahabi.

Pendek kata kita kena minta Allah perlihatkan waliNya untuk kita belajar dan diajar.

Kehebatan tamadun Islam dahulu kerana sentuhan ulama bertaraf Wali membimbing pemerintah mengurus ummah.

Selepas Rasulullah saw ulamalah yang menggantikan baginda untuk pedoman umat di dalam kegelapan maksiat dan dosa akhir hayat dunia.

Mereka ibarat bintang di langit yang menerangi pelayar dan pengembara di darat dan di laut agar selamat sampai ke destinasinya.

Percayalah gandingan Ulama dan Umarak resepi rahsia kegemilangan Islam zaman berzaman yang perlu dikekalkan.

Bila kenal Ulama maka rakyat akan dapat makanan rohani dari amalan zikir selawat yang diberi.

Selepas mereka dibersihkan dari kotoran dosa dan kekal beramal sepanjang masa sudah tentu perubahan akan bertahan lama dan dijamin keutuhannya.

Barulah tidak ada cah keting tikam atau belakang sesama sendiri dan akhirnya kekuatan akan menjelma hasil ikatan hati bersalut iman dan taat kepada Ilahi.

Kepada Allah kita berdoa parti keramat UMNO akan kekal dilindungi olehNya dan dipimpin pemimpin yang tidak takut kecuali kepada Allah sahaja.

Allahu Akbar !!!


Penembak-Tepat.Blogspot.com



Sent from my iPhone
Catat Ulasan