Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 Januari 2015

ISMA Kecam @EricPaulsen101 Tuduh JAKIM Sebar Ekstremisme Selepas Gelar PAS 'Gila Seks' !!!


Eric Paulsen biadap terhadap Islam dan umatnya | ISMA

eric paulsen


BANGI, 12 Jan – Kenyataan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen yang mengaitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan penyebaran fahaman ekstremis memperlihatkan kebiadabannya terhadap umat Islam dan pengamalannya di Malaysia.

Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA, Profesor Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, menuduh JAKIM mempromosikan agenda ekstrem melalui khutbah Jumaat pada setiap minggu ternyata membuktikan beliau seorang yang biadap.

"Dia perlu diajar selayaknya agar lebih beradab dan berbahasa.

"Isunya bukanlah untuk menyatakan kekebalan JAKIM atau institusi agama daripada kritikan yang membina.

"Tetapi apa yang lebih penting ialah institusi masjid dan khutbah Jumaat telah sebati dengan rakyat Malaysia sejak ratusan tahun yang lalu," ujarnya kepada wartawan ISMAweb.

Beliau berkata demikian bagi mengilas tindakan Eric yang membuat tuduhan dengan mengaitkan Jakim menyebarkan fahaman ekstremis.

Eric dalam kenyataan Twitter miliknya, menuduh Jakim menyebarkan fahaman itu pada setiap Jumaat yang dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat kepada umat Islam.

Kata Dr. Zainur Rashid, apa yang Eric lakukan boleh dilihat sebagai serangan secara bersiri dan terancang oleh golongan yang mendokong agenda liberalisme tajaan Barat terhadap kedaulatan Islam di Malaysia.

Justeru, kerajaan mesti bertegas dengan tindakan provokasi yang dilakukan oleh mana-mana pihak seumpama ini dan bertindak segera sebelum ia terus merebak dan menimbulkan perbalahan di kalangan rakyat Malaysia

"Kepada semua umat Islam di Malaysia daripada apa jua latar belakang, kita haruslah menginsafi dengan agenda tajaan Barat ini.

"Kita perlu bersatu dan mendepaninya bersama.

"Kita mesti melihat segala permasalahan yang berlaku di Malaysia dengan jiwa yang besar dan bersedia untuk bersepakat bagi memertabatkan Islam dan masa depan umat," ujarnya.

http://www.ismaweb.net/2015/01/eric-paulsen-biadap-terhadap-islam-dan-umatnya/


nota : dia ni pernah gelar PAS gila seks dan hina hudud.






Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate