Pengikut Blog Panglima

28 Mac 2015

BERNAMA - Hudud: SKMM Akan Siasat Laporan Kaitkan Majlis Raja-Raja


KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat laporan sebuah portal berita yang cuba mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan isu hudud.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata dakwaan itu tidak benar dan menggesa rakyat supaya tidak mudah mempercayai sebarang maklumat yang tersebar khususnya di media sosial.

"Perkara itu tidak benar...ada orang cuba palitkan Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

"Setiap perkara yang tersebar mesti mendapat pengesahan. Jangan cepat percaya apa yang tersebar terutamanya dalam media sosial," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 kementerian itu di sini, Khamis.

Beliau diminta mengulas sama ada SKMM akan melakukan siasatan ke atas sebuah portal berita yang mengeluarkan satu laporan pada Rabu yang mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan isu berkenaan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini berkata laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Travers pagi tadi bagi menafikan ia mengeluarkan kenyataan berkenaan.

-- BERNAMA


http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1120413#.VRPeHFS8YAU.twitter


Sent from my iPhone
Catat Ulasan