Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 April 2015

Biadap... Tarik Balik Darjah Kebesaran Nizar Jamaluddin Dan Ngeh Koh Ham • UMNO Online


KUALA LUMPUR, 1 April – Bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin hari ini menggesa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir agar mempersembahkan kepada Tuanku Sultan Perak agar melucutkan anugerah darjah kebesaran yang telah diberikan kepada Nizar Jamaluddin dan Ngeh Koh Ham.

Tegasnya, gesaan ini sebagai tindak balas kepada kebiadapan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang yang berpakaian serba hitam pada Istiadat Pembukaan Dewan Undangan Negeri semalam.

"Saya tegaskan bahawa sudah tiba masanya Tuanku Sultan bertindak tegas dengan menarik balik anugerah Darjah Kebesaran Di Raja yang diberikan kepada Nizar Jamaludin dan Ngeh Koh Ham.

"Kebiadapan mereka tidak boleh kita terima kerana secara langsung mencabar kedaulatan dan kedudukan Tuanku Sultan," ujarnya dalam satu kenyataan kepada media.

ne_01.1

Terdahulu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir turut menyifatkan tindakan semua ADUN pembangkang tersebut sebagai biadab dan tidak menghormati institusi Diraja, terutamanya Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mencatatkan sejarah keberangkatan pertama baginda ke Dewan Undangan Negeri selaku Sultan Perak ke-35 dengan mengenakan pakaian rasmi Sultan.

Tambah Zambry, tindakan biadab pembangkang itu juga menyebabkan Sultan Nazrin menitahkan untuk tidak menghadiri sesi bergambar dan majlis santapan. -MediaUMNO

http://www.umno-online.my/?p=129389


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate