Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Ogos 2015

Video : Sejarah & Pembangunan Parlimen Bagan Datoh TPM DS @Zahid_Hamidi



Video yang dihasilkan dengan begitu baik berdurasi 19 minit 27 saat ini yang telah ditonton 3854 pengunjung menceritakan asal usul Bagan Datoh dan tarikan yang terdapat di sini.

Dengan video berkualiti tinggi dan dirakam menggunakan teknik 'drone' dari udara dengan suara latar belakang yang sering didengar dalam iklan kaca tv dan adunan fakta padat dan tepat yang disampaikan menjadikan video yang dimuatnaik di Youtube pada April 2015 yang lalu begitu menarik.

Banyak keistimewaan Bagan Datoh yang belum diketahui umum dipaparkan dalam video ini. Seperti hasil kelapa Matagnya selain kelapa sawit dan koko, lokasi memancing, pertukangan besi dan paling menarik ialah tempat bersejarah yang menjadi lokasi istiadat pertabalan Sultan Perak dari dahulu hingga kini iaitu Beting Beras Basah. Kerana itu anda boleh menemui 23 hotel sekitar kawasan Bagan Datok dalam carian Agoda klik sini



Asal usul Beting Beras Basah https://www.youtube.com/watch?v=yFLHvE-DNjk 



Bagan Datoh juga merupakan kampung kelahiran artis terkenal seperti M Daud Kilau dan Shidee. Rujuk di sini http://azur-like-it.blogspot.com/2011/03/senarai-artis-artis-berasal-dari-perak.html

Dengan perlantikan Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai 2015 yang lalu semestinya video ini akan dapat menjadi bahan paling tepat untuk rakyat Malaysia mengenali lebih dekat Parlimen Bagan Datoh.

Apatah lagi serangan pembangkang sudah dimulakan untuk memburukkan Bagan Datoh tidak membangun ( lihat Suara Keadilan edisi 4 Ogos 2015 bertajuk Bagan Datoh mundur rakyat tagih pembangunan ) walhal sudah banyak perubahan dilakukan oleh Ahli Parlimen Bagan Datoh iaitu Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sejak menjadi Ahli Parlimen 20 tahun lalu. https://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Zahid_Hamidi


Kerana itu jika YAB Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi gagal membawa pembangunan samada fizikal atau mental / jasmani dan rohani sudah tentu beliau tidak akan mampu mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen Bagan Datoh untuk satu tempoh yang begitu lama.

Beliau juga berjaya bukan sahaja membawa kemajuan di Bagan Datoh bahkan berjaya meninggalkan kesan yang besar di setiap Kementerian yang diamanahkan untuknya. Institusi Tahfiz Darul Quran Kuala Kubu Bharu adalah buah tangan beliau semasa menjadi Menteri menjaga Jakim. Selain Imtiaz Ulul Albab di Masjid Tanah Melaka dan sekolah agama dan tahfiz di Bagan Datoh sebelah rumah bapanya.

Hari ini rakyat boleh melihat kejayaan demi kejayaan KDN bermula dengan Ops Cantas pada Ogos 2014 yang memperlihatkan penurunan mendadak kadar jenayah negara, disusuli penubuhan pasukan STING STAFOC STAGG di bawah PDRM yang fokus membanters jenayah, dadah, pemerdagangan manusia. Rujuk lebih lanjut latar belakang ketiga-tiga pasukan tersebut di sini http://ichifighting.blogspot.com/2014/12/pasukan-elit-pdrm-stafoc-sting-dan-stagg.html

Kerja keras dan fokus serta kerjasama berpasukan menjadi resepi utama kejayaan anak Bagan Datoh ini sebagai pemimpin yang kini menjadi orang kedua paling penting di Malaysia.


Terbaru dalam pembentangan Bajet Negeri Perak 2015 Menteri Besar Dato Dr Seri Zambry Ab Kadir telah menyentuh pembinaan projek bernilai bilion ringgit yang akan membawa kemajuan kepada Parlimen Bagan Datoh. 


Rujuk http://kewangan.perak.gov.my/phocadownload/bajet_2015.pdf point ke 18 seperti berikut :

LEBUH RAYA PERSISIRAN PANTAI BARAT (LPPB) 

18. Kita juga bersyukur keputusan kerajaan untuk melaksanakan Projek Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (LPPB) sepanjang 233 kilometer dengan anggaran kos pembangunan sebanyak 6 bilion ringgit dan dijangkakan siap dalam tempoh 5 tahun. 19. Pembinaan LPPB ini sudah pastinya akan merangsang pertumbuhan ekonomi di sepanjang lebuh raya berkenaan. Ini ditambah lagi apabila ianya akan menghubungkan terus ke Pelabuhan Klang dengan Pelabuhan Lumut yang akan memberi manfaat kepada sektor industri di kawasan perindustrian Bagan Datoh dan Lumut serta kawasan-kawasan perindustrian lain yang berhampiran. 


Selain itu Pekan Bagan Datok juga termasuk dalam senarai pekan yang akan dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak PKNP seperti disebut dalam pembentangan Bajet 2015 point 31 seperti berikut :


Pembangunan Bandar-bandar Baru dan Pekan-pekan Kecil 

31. Selain Bandar Meru Raya, Kumpulan PKNP juga sedang giat melaksanakan pembangunan bandar baru di Bandar Tapah Road yang telah dimulakan pembinaan fasa pertamanya pada tahun 2014. Perancangan sedang dibuat bagi membangunkan Bandar Pelabuhan Rungkup dan Bandar Satelit Batu Kurau agar ia dapat merancakkan pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat. 32. Bagi pembangunan semula pekan-pekan kecil, sehingga kini, pembangunan pekan Ijok, Trong dan Sauk telah dimulakan oleh Kumpulan PKNP dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2014. Manakala pembangunan pekan Kubu Gajah dan Lekir dijangka siap pada tahun 2015. Selain itu, sebelas (11) lagi pekan kecil juga telah dimulakan pembangunannya iaitu Pekan Simpang Lima Kerian, Pekan Gunung Semanggol, Pekan Kampung Slim, Pekan Changkat Jong, Pekan Bagan Datoh, Pekan Manong, Pekan Lawin, Pekan Bandariang, Pekan Tanjung Tualang, Pekan Temoh dan Pekan Sungai Manik. Secara keseluruhan, sebanyak 41 buah pekan kecil sedang dirancang untuk dibangunkan oleh Kumpulan PKNP.


Jambatan Bernilai RM 200 Juta Menghubungkan Bagan Datok - Kayan (Utusan Malaysia 21 Januari 2015)

BAGAN DATOH 21 Jan. – Kerajaan negeri merancang untuk membina jambatan yang menghubungkan pekan Bagan Datoh ke Kayan yang akan menjadi laluan terus ke Lumut.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Su­kan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, cadangan pembinaan jambatan yang merintangi Sungai Perak itu melibatkan kos sebanyak RM200 juta.

Menurut beliau, projek tersebut akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) dan kini dipantau oleh Ahli Parlimen kawasan itu yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Dalam tempoh lima tahun lagi Bagan Datoh akan berubah wajah daripada ‘pekan jalan mati’ kepada kawasan yang pesat membangun. Jambatan yang bakal dibina ini akan menjadi jalan terus ke Lumut.

“Pelaksanaannya akan dibuat di bawah Pelan Tindakan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup dan pembinaan akan dimulakan sebaik sahaja menerima peruntukan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan pasar baharu Bagan Datoh yang pembinaannya menelan kos RM1.9 juta, di sini kelmarin.

Shahrul Zaman berkata, Bagan Datoh juga akan terus memba­ngunkan hasil daripada kemasukan pelabur asing dalam sektor perindustrian.

Antaranya, kata beliau, adalah pelaburan oleh syarikat dari China yang bercadang untuk mewujudkan limbungan kapal antara Sungai Belukang-Sungai Tiang.

“Pelaburan ini dijangka memberi peluang pekerjaan kepada 10,000 orang dan selain itu, kewujudan sebuah bandar baharu akan merancakkan lagi pembangunan di sini,” ujar beliau.


Projek Rumah SPNB di Bagan Datok dengan 20 menerima surat tawaran manakala 30 menerima kunci rumah yang telah disiapkan. Berlangsung di Bagan Datoh pada 25 Januari 2015 yang lalu.



Perasmian Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Min https://www.youtube.com/watch?v=rESG3uLxrHY



Senarai sekolah dan masjid yang ada di Bagan Datoh (sumber wikipedia https://ms.wikipedia.org/wiki/Bagan_Datoh )  :

Pendidikan

  1. Sekolah Kebangsaan Bagan Datoh 
  2. Sekolah Kebangsaan Selekoh 
  3. Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam 
  4. Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat 
  5. Sekolah Kebangsaan Sungai Sumun 
  6. Sekolah Rendah Kebangsaan Khir Johari Sungai Sumun 
  7. Sekolah Menengah Khir Johari 
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muara 
  9. SRJK (C) Hua Hsia 
  10. SRJK (C) Pooi Seng 
  11. SRJK (T) Bagan Datoh 
  12. SRJK (T) Ladang Kuala Bernam 
  13. Sekolah Menengah Agama Al-Umum Al-Shar'ieyyah 
  14. Sekolah Menengah Agama Irshadiah 
  15. Sekolah Menengah Tun Abdul Razak 
  16. Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat 
  17. Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Baroh 
  18. Sekolah Kebangsaan Sungai Nipah 
  19. Sekolah Menengah Kebangsaan Rungkup 
  20. Sekolah Kebangsaan Sungai Balai 
  21. Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SABDA) 
  22. Sekolah Kebangsaan Sungai Betul 



Masjid 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate