Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 Oktober 2015

TRANSKRIPSI Kenyataan @Zahid_Hamidi Ulas Dakwaan Setia Muhyiddin Kepada @NajibRazak - @YouTube @AstroAwani

Malaysiakini cuba memilih jalan mensensasikan isu ini. Berita Harian juga membuat pentafsiran sendiri hal ini sebelum berita ditarik balik selepas beberapa ketika disiarkan.

Kenyataan sebenar di Astro Awani :

https://youtu.be/330pN_5AtHA

Berikut komen penuh DS Ahmad Zahid Hamidi berkenaan Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Beliau Setia Kepada DS Najib Walau Jadi Pilihan Utama Tun Mahathir

" Saya fikir, dalam politik, hakikat menjadi elemen utama dalam menentukan kedudukan seorang, saya menghormati apa yang dilontarkan oleh TS Muhyiddin, dan saya juga menghormati perasaan beliau, namun, saya fikir, realiti yang harus dihadapi, ialah kita tidak perlu bernostalgia terhadap sesuatu yang pernah berlaku tapi tidak menjadi realiti.

Apa yang perlu diterjemahkan ialah jika sesuatu itu harus dilihat dari segi dokongan kepada organisasi yang pernah kita berada di dalamnya, maka, itulah yang harus kita jadikan pegangan dan bukan dengan memberikan lontaran pandangan yang berbeda. dan kita harus berikan dokongan terhadap kepimpinan yang ada sekarang ini kerana itulah yang telah ditentukan oleh rakyat dalam PRU yang lalu.

Dan kalau mana-mana individu yang tidak merasakan seseorang itu harus terus berada di tampuk kepemimpinan, orang itu bolehlah tawarkan diri untuk sama-sama organisasi lain, dan buktikan kepada rakyat bahawa individu itu lebih baik dari mana-mana tokoh kepimpinan yang ada, eloklah kita tunggu PRU untuk bersama-sama dalam gelanggang untuk menentukan dimanakah pilihan rakyat ketika itu."

Harap jangan mudah terpengaruh dengan mana jua pelopor berita palsu atau separuh benar di internet.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate