Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 November 2015

TPM @Zahid_Hamidi - Kertas Siasatan pertemuan Nurul Izzah | Harian Metro

Siasat pertemuan Nurul Izzah

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

Putrajaya: Kerajaan akan mengemukakan kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk melihat aspek perundangan yang boleh digunapakai untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang bertemu dengan puteri Jamalul Kiram III.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada segi kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen, terdapat beberapa tatacara yang boleh diambil oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat sekiranya terdapat usul untuk mengambil tindakan terhadap beliau.

"Secara operasi saya serahkan kepada pihak polis. Kerajaan berpendapat pertemuan itu sangat tidak dialu-alukan seolah-olah mencabar dan meletakkan orang Sabah sebagai mangsa kepada perbuatan oleh keluarga Kesultanan Sulu khususnya Jamalul Kiram III.

"Tindakan itu seolah-olah memberi pengiktirafan kepada pihak pencerobohan," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Luhut Binsar Panjaitand di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

http://www.hmetro.com.my/node/94475?m=1

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate