Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 September 2016

Watch "TPM @Zahid_Hamidi - DEBAT UMUM PBB - BERSATU PERANGI PENGGANAS " on @YouTube


https://youtu.be/h6kCbv-EYWk

Isu #Daesh / #Palestin Antara Intipati Ucapan TPM @Zahid_Hamidi di #PBB Sebentar Tadi


M'sia Ajak Dunia Bersatu Menentang Pengganas - Ahmad Zahid

Daripada Muin Abdul Majid

NEW YORK, 24 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak dunia bersatu bagi menentang keganasan, yang menurut beliau, telah merampas kestabilan dan keselamatan di banyak negara.

Mesej yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri melalui ucapan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu itu amat jelas sekali - hanya dan apabila masyarakat antarabangsa bersatu sahajalah, pengganas akan dapat dikalahkan.

"Malaysia menyertai negara lain menyeru agar tindakan antarabangsa secara habis-habisan dan berkesan diambil dalam perjuangan bersama kita menentang keganasan. Usaha ini perlulah berlandaskan dan menghormati sepenuhnya Piagam PBB dan prinsip undang-undang yang diiktiraf sejagat, termasuk undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia antarabangsa," katanya.

Ahmad Zahid berucap pada Perbahasan Umum Sesi Ke-71 Perhimpunan Agung PBB, yang turut disertai pemimpin dari seluruh dunia.

Keganasan, kata beliau, perlu ditangani melalui perspektif ideologi - dengan membalas naratif dan mengatasi penyebab utama munculnya isu yang boleh dimanipulasi bagi menarik orang menyokong kumpulan pengganas seperti Daesh, Boko Haram dan Al-Shabaab.

"Kita perlu mencari penyelesaian baharu dan terus berusaha untuk memperkukuhkan lagi rangka kerja perundangan domestik kita dalam memerangi ekstremisme keganasan. Usaha berterusan ini perlu melibatkan segenap lapisan penduduk," katanya.

Beliau juga mengetengahkan program deradikalisasi dan pemulihan yang diamalkan Malaysia bagi mengubah set minda individu ekstremis yang telah diasuh supaya menjadi manusia radikal.

Beliau berkata dengan kadar kejayaan sekitar 97.5 peratus, Malaysia sedia berkongsi pengalamannya itu dengan negara lain.

Isu kelewatan yang begitu lama untuk menempatkan semula orang pelarian menimbulkan kesulitan kepada negara tuan rumah - termasuk Malaysia - juga disentuh Ahmad Zahid, yang menggesa Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan agensi berkenaan lain supaya segera mengambil tindakan berhubung perkara itu.

Mengenai migran, beliau berkata Malaysia mengiktiraf sumbangan tenaga kerja asing terhadap kemakmuran ekonominya serta memberi perhatian serius terhadap kes melibatkan eksploitasi buurh, termasuk buruh paksa.

Beralih kepada Palestin, Ahmad Zahid berkata krisis yang berlarutan selama beberapa dekad itu mempamerkan wujudnya kelemahan dalam usaha PBB sendiri, di mana penggunaan veto menyebabkan pendudukan paling lama dalam sejarah dunia itu terus berlanjutan.

Beliau turut menyentuh tentang keadaan menyedihkan di Wilayah Palestin yang diduduki, yang secara beransur-ansur dan semakin pasti, menyimpang daripada penyelesaian dua-negara.

"Kepungan terhadap Gaza, perluasan penempatan Israel yang tidak henti-henti, pembinaan tembok haram secara berterusan, tindakan mengusir secara paksa rakyat Palestin dari rumah mereka serta pencabulan hak asasi manusia rakyat Palestin terus berlaku dengan sewenang-wenangnya, walaupun semakin mendapat kritikan dan tekanan antarabangsa," katanya.

Mengenai perkembangan di tanah air pula, beliau berkata agenda pembangunan Malaysia sentiasa berpaksikan rakyat dan bergerak selari dengan aspirasi Agenda Pembangunan Lestari 2030 dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs).

Katanya, Malaysia kini dalam proses menggubal Peta Arah Tuju SDG Kebangsaan untuk dijadikan dasar penting dan sebagai garis panduan bagi pembangunan mampannya.

Ahmad Zahid juga menyentuh tentang perkara paling penting dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020) iaitu pembangunan kemahiran di bawah inisiatif Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) untuk menjadikan Malaysia sebagai modal permulaan bagi Asia.

Terletak di Cyberjaya, MaGIC dilancarkan bersama Presiden Barack Obama dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2014.

Ahmad Zahid juga mengetengahkan inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan Malaysia atau NBOS yang membolehkan lebih 80 kementerian dan agensi bekerjasama bagi mewujudkan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih baik dan tersusun.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1285646

18 September 2016

Rancangan Bicara Khas Bersama TPM @Zahid_Hamidi di @rtm_malaysia Isnin 19 September 2016

Watch "Suasana Pilu Iring Solat Ghaib Haron Din" on YouTube

https://youtu.be/9RkoPNJ5dSc

Gambar Allahyarham Dr Haron Din sebelum ke USA

Sumber whatsapp. Al Fatihah

Tuan Guru Haron Din kritikal di California | Harian Metro

Hairulazim Mahmud
azim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas menghadapi masalah jantung dan difahamkan, beliau kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California.

Menurut status laman sosial Facebook pendakwah terkenal Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, pihak hospital berkenaan pada jam 5 pagi ini (waktu California) meminta keluarga segera hadir ke ICU terbabit.

"Tuan Guru Datuk Haron Din mempunyai komplikasi jantung dan dimasukkan ke ICU.

"Dua anak Tuan Guru bersama doktor sekarang, keluarga yang lain menunggu di luar dan masih belum dapat berita penuh dari dalam.


"Mohon doa kalian," katanya hari ini.

Mac lalu, Haron menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN). Sebelum ini, beliau pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat pada 2 April 2012.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 September 2016 @ 1:03 AM

http://www.hmetro.com.my/node/166797

02 September 2016

DYMM Sultan Selangor Selamat Diijabkabulkan

Jutaan tahniah dipersembahkan kepada DYMM Sultan Selangor atas pernikahan ini.

Semoga ia menambah kebahagian kepada Tuanku sekeluarga dengan kehadiran anggota keluarga yang baru ini.

Gambar Anggota Peronda @Pdrmsia Jadi Hero Tangkap Ular Tedung Berbisa

Biasa JPAM atau Bomba jadi hero tangkap ular...

Kali ini di Kg Kubang Gali Tanah Merah Kelantan anggota polis pula menjadi wira menyelamat nyawa orang awam.

Syabas kepada anggota keselamatan dan kerana mereka maka keamanan dapat  dipertahankan hingga kita mampu tidur lena setiap malam.

Mari kita doakan mereka dirahmati Allah dan dimudahkan segala urusan dunia dan akhirat sana.

Info Grafik Virus Zika

Sebagai orang Islam kena banyakkan doa untuk elak virus...

01 September 2016

Video Sejarah Sahkan Sekolah Pondok Tapak Asal Bangunan Dataran Merdeka #Merdeka1957


Tidak ramai mengetahui. Rupanya tapak asal bangunan di Dataran Merdeka adalah dari sekolah pondok yang berubah menjadi Masjid Jamek dll.

Sila lihat video di atas di minit minit awal. 

Kerana itu barangkali di situ menjadi tapak untuk upacara paling bermakna dalam sejarah negara kita di mana detik kemerdekaan dilaungkan.


Video Muazzin Hari Merdeka 1957 Tan Sri Hasan Al Azharri Dedah Kisah Sebalik Tabir



KUALA LUMPUR, 21 Sept -- "Saya masih tidak dapat melupakan detik bersejarah itu hingga ke hari ini dan ketika saya mengalunkan azan pada tarikh keramat sejurus laungan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, mengalir air mata saya membasahi pipi.

"Mengalirnya air mata itu bukannya kerana sedih tetapi gembira kerana negara pada saat dan ketika itu telah merdeka dan rakyatnya memerintah serta menguruskan negara sendiri sebagai sebuah negara yang berdaulat," kata individu yang mengalunkan laungan azan pada hari pengisytiharran kemerdekaan, Tan Sri Hasan Azhari.

Menceritakan kisah manisnya itu pada ketika umurnya 25 tahun, beliau menambah sehari sebelum pengisytiharahan kemerdekaan di Stadium Merdeka, beliau telah didatangi oleh mereka yang bertanggungjawab menjayakan hari kemerdekaan itu dan memaklumkan bahawa beliau akan mengalunkan azan pada hari tersebut.

"Bayangkan betapa gementarnya pada saat itu dan saya pada malam berkenaan "berlatih" dengan pelbagai taranum bagi memastikan kelancaran pada hari bersejarah itu, pada awal pagi lagi, saya telah dibawa ke Stadium Merdeka dan melihat orang ramai telah membanjiri Stadium berkenaan.

"Dan setelah menerima isyarat sejurus laungan merdeka dan lagu Negaraku, saya terus melaungkan azan dan pada waktu air mata mengalir membasahi pipi dan bersyukur kepada Alah," katanya yang kini menjangkau umur 83 tahun dalam wawancara ekslusif bersama UMNO-Online.

Beliau yang kini masih lagi aktif dalam mengajar ilmu Al-Quran adalah antara hakim paling veteran di Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-54 seterusnya menambah laungan azan dan diiringi bacaan doa oleh Mufti Negeri Sembilan pada hari pengisytiharan kemerdekaan negara menunjukkan ianya tidak lari daripada Islam.

Malah tegas beliau ianya memperlihatkan bagaimana sejarah kemerdekaan negara turut diiringi dengan asas Islam dan ianya masih berterusan hingga ke hari ini.

"Bukankah kita dapat lihat yang mana sebelum acara rasmi baik di dalam kerajaan atau pun mana-mana tempat, sebelum apa jua acara masjlis dimulakan, ianya didahului dengan bacaan doa. Ianya adalah untuk memohon kesejahteraan daripada Allah.

"Jadi apa yang saya nak kongsi di sini, Islam sudah diketengahkan pada hari bersejarah dan saya sendiri antara yang terlibat apabila melaungkan azan," katanya.

Beliau seterusnya berkata kemerdekaan negara perlu dipertahankan walau dengan apa cara sekalipun kerana ianya telah menjadikan Malaysia hari sebagai sebuah negara yang berdaulat dan makmur.

"Tiap kali berlalunya 31 Ogos, saya masih terkenangkan peristiwa lalu dan saat bersejarah itu. Kepada rakyat Malaysia pertahankan kemerdekaan negara dan jangan sesekali meruntuhkannya," katanya.

Tan Sri Hasan turut mengalunkan azan yang dilaungkan pada hari berkenaan.-MediaUMNO.


sumber https://www.youtube.com/watch?v=LN-zVMjch9U

Jom Tonton Video Ucapan Tunku Abdul Rahman 31 Ogos 1957 Diikuti Laungan Merdeka 7x


Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957. Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-raja Melayu, tetamu-tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota kabinet Kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata.

Pada upacara bersejarah ini wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu. Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dibacakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra. 

Selesai pengisytiharan dibaca, Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan 'MERDEKA' sebanyak tujuh kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka. Upacara ini kemudiannya disusuli dengan seruan azan yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara yang baru merdeka, diikuti dengan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi dengan lagu kebangsaan 'Negaraku'. 

Sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Cari Blog Ini

Translate