Pengikut Blog Panglima

25 Februari 2017

Jep, Sari Yanti bernikah esok? - Hiburan - Utusan Online

Jep, Sari Yanti bernikah esok? - Hiburan - Utusan Online

Jep, Sari Yanti bernikah esok?

Apa alasan Jep dan Sari Yanti memilih untuk bernikah tanpa pengetahuan
Apa alasan Jep dan Sari Yanti memilih untuk bernikah tanpa pengetahuan media?


KUALA LUMPUR 24 Feb. – Berbanding sebilangan besar selebriti sebelum ini yang lebih suka berkongsi berita gembira pernikahan mereka dengan media, pasangan artis popular, Jep Sepathu dan Sari Yanti pula dilaporkan akan diijabkabul secara rahsia esok.


Utusan Online difahamkan, majlis akad nikah Jep atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Zainal Abidin, 32, dan Sari Yanti, 33, akan diadakan di sebuah dewan perkahwinan di sekitar kawasan Damansara, Petaling Jaya, pagi esok.


Sumber Utusan Online memberitahu, majlis pernikahan itu hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakat terdekat pasangan berkenaan.

Bagaimanapun, usaha Utusan Online untuk mendapatkan pengesahan daripada Jep mahupun Sari tidak berjaya kerana kedua-duanya tidak menjawab telefon bimbit masing-masing.


Kiriman mesej WhatsApp juga tidak berbalas.


Nama Jep dan Sari Yanti menjadi perbualan media dan peminat sejak penghujung tahun lalu apabila Sari meluahkan perasaannya dengan ungkapan 'I Love You' ketika Jep membuat rakaman langsung di Instagramnya.


Bukan itu sahaja, malah Jep dalam kenyataannya terdahulu kepada media atas talian mengakui berasa amat selesa berkawan dengan Sari dan mereka saling berbalas komen mesra di laman sosial masing-masing.


Lantaran itu, peminat pasangan itu mula membuat pelbagai spekulasi, bahkan ada dalam kalangan mereka yang mendoakan agar perhubungan yang dibina berterusan ke jenjang pelamin. - UTUSAN ONLINE



Sent from my iPhone
Catat Ulasan