Pewaris Samsung ditangkap skandal rasuah

Lee Jae-yong
SEOUL: Ketua Kumpulan Samsung, Lee Jae-yong ditangkap awal hari ini, berhubung dakwaan pembabitan dalam skandal rasuah yang membawa kepada proses pemecatan Presiden Park Geun-hye.
Penahanan itu memberi tamparan hebat kepada pengeluar telefon pintar terbesar dunia itu.
Jae-yong, 48, dibawa ke Pusat Tahanan Seoul bagi menantikan keputusan mahkamah berikutan sesi keterangan tertutup yang berakhir petang semalam.
Keputusan hakim diumumkan kira-kira jam 5.30 pagi waktu tempatan hari ini, lebih 10 jam selepas Jae-yong, pemimpin generasi ketiga konglomerat itu, meninggalkan mahkamah.
Mahkamah sama menolak permohonan pendakwa raya bulan lalu untuk menangkap Jae-yong.
Pada Selasa lalu, pejabat pendakwa raya khas memohon waran tangkap ke atasnya dan seorang eksekutif lagi iaitu presiden firma berkenaan, Park Sang-jin, atas dakwaan rasuah dan beberapa dakwaan lain.
Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan menangkap Sang-jin, yang juga mengetuai Persekutuan Equestrian Korea, berkata ia tidak perlu kerana 'kedudukan, had kuasa dan peranan sebenar San-jin'.
Pendakwaan menyatakan, ia memperoleh bukti tambahan dan membawa lebih banyak dakwaan terhadap Jae-yong dalam permohonan waran terbaru.
"Kami menyedari matlamat dan kepentingan penangkapan," kata hakim dalam keputusan, merujuk dakwaan dan bukti tambahan.
Jae-yong dan kumpulan Samsung menafikan sebarang salah laku dalam kes itu.
Reuters
http://www.bharian.com.my/node/249348?m=1Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan