Pengikut Blog Panglima

09 Februari 2017

Pimpinan PAS Bidas Lim Guan Eng Biadap Tuduh Kelantan Gagal Ditadbir PAS @BeritaHarian

Isu pemilikan rumah dan Bumiputera selain isu Fatwa antara isu yang menjadi polemik antara kedua parti yang pernah tidur sebantal atas katil pakatan rakyat ini....

Kebiadapan LGE sebagai satu usaha untuk menghakis imej PAS yang kini sudah bebas dari cengkaman DAP yang dilihat hanya mahu kejar kuasa tanpa menghormati Institusi Agama atau Raja di negara kita.



Umno selaku parti tulang belakang BN perlu terus juga menyerang DAP dengan isu-isu di saat mereka sedang diasak oleh bekas sekutu sendiri agar rakyat akan sedar kegagalan DAP di Pulau Pinang.

Pendekatan DAP menggunakan isu kaum dan agama bagi keuntungan politik tidak wajar kerana ia boleh merosakkan perpaduan rakyat di negara kita....

Jika rakyat masih percaya dengan DAP maka kita akan lihat politik kebencian merentasi agama dan kaum akan muncul memenuhi hati dan jiwa rakyat. 

Semoga semua kaum akan bersatu hati di bawah panji yang satu dan kekal memilih keamanan bukan kemunduran atau kerosakan akibat politik tidak matang...





Sent from my iPhone
Catat Ulasan