Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Februari 2017

Jamal serah surat letak jawatan Ketua UMNO Sungai Besar | Astro Awani

Jamal serah surat letak jawatan Ketua UMNO Sungai Besar | Astro Awani

Jamal serah surat letak jawatan Ketua UMNO Sungai Besar

Jamal serah surat letak jawatan Ketua UMNO Sungai Besar
JAMAL: Beliau (Noh) menasihatkan saya supaya menarik balik surat peletakan jawatan itu tetapi saya nyatakan kepada beliau bahawa pendirian saya jelas, tidak mahu menjadi beban kepada UMNO kerana saya sayangkan parti. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Ketua UMNO Sungai Besar dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen itu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar di sini.

Jamal berkata beliau nekad dengan pendiriannya untuk melepaskan jawatan tersebut kerana tidak mahu membebankan UMNO susulan penahanannya berhubung insiden pencerobohan sebuah pusat hiburan pada Disember tahun lepas.

"Beliau (Noh) menasihatkan saya supaya menarik balik surat peletakan jawatan itu tetapi saya nyatakan kepada beliau bahawa pendirian saya jelas, tidak mahu menjadi beban kepada UMNO kerana saya sayangkan parti," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Jamal berkata Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menghormati pendirian tersebut dan akan membawa perkara itu untuk dibincangkan di peringkat pengurusan parti.

Beliau yang berhasrat untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaannya selepas ini, bagaimanapun berkata akan meneruskan amanah yang diberi pucuk pimpinan parti jika diminta berbuat demikian.

Pada Isnin lepas, Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) mengumumkan akan melepaskan semua jawatannya dalam UMNO selepas dibebaskan daripada tahanan reman bagi membantu siasatan berhubung serbuan ke atas beberapa premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian di sekitar Selangor. -- BERNAMA



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate