Jong-chol dibawa ke KLIA untuk pengusiran

RI Jong Chol. - Foto REUTERS
SEPANG: Warga Korea Utara yang sebelum ini dikaitkan dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, Ri Jong-chol, dipercayai tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi bagi melengkapkan proses diperlukan sebelum diusir dari negara ini.
Jong-chol, 47, yang dijadualkan berlepas hari ini dengan diiringi dua wakil Kedutaan Korea Utara, difahamkan akan transit di Beijing, China sebelum meneruskan perjalanan ke Korea Utara.
Kira-kira jam 3.30 petang tadi, kelibat Kaunselor Kedutaan Korea Utara, Kim Yu-song, dilihat di Balai Pelepasan KLIA.
Wartawan tempatan dan antarabangsa berusaha mendapatkan maklum balas darinya namun beliau enggan memberi komen.
Media yang sudah menunggu di aras lima KLIA sejak jam 8 pagi tadi tidak melihat Jong-chol kerana dipercayai dibawa masuk menerusi laluan khas.
Jong-chol juga difahamkan dibawa ke Pusat Pengurusan Lapangan Terbang (AMC) KLIA untuk bertemu ahli keluarganya.
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan