Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Mac 2017

Malaysia iktiraf sumbangan Muhammad Ali | Semasa | Berita Harian

Malaysia iktiraf sumbangan Muhammad Ali

DATUK Seri Jamil Khir Baharom semasa menyampaikan sijil penghargaan kepada anak lagenda tinju dunia Muhamad Ali, Rasheeda Ali sempena program Reviving The Islamic Spirit anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). -Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Legenda tinju dunia, Muhammad Ali menerima pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia atas sumbangan dan inspirasi yang diberikan kepada umat Islam seluruh dunia.

Sijil pengiktirafan itu disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kepada anak Muhammad Ali, Rasheeda Ali pada program Reviving The Islamic Spirit, anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini, sebentar tadi.

Jamil Khir berkata, Muhammad Ali yang meninggal dunia ketika seluruh umat Islam sedang berpuasa tahun lalu, meninggalkan legasi dan inspirasi besar kepada masyarakat dunia. 

"Saya masih ingat lagi pada 1975, beliau (Muhammad Ali) bertarung dengan Joe Bugner di Malaysia dan ketika itu semua mata dunia terpaku melihat aksi hebat mereka.

"Bagaimanapun, kita hanya mengetahui kehebatan beliau selepas analisis dilakukan dan kejayaan dicapai adalah berlandaskan prinsipnya yang berpegang teguh kepada nilai murni, termasuk kenyataan mengenai semua kehebatannya adalah kurniaan Allah," katanya ketika berucap pada program berkenaan. 

Terdahulu, persidangan yang bermula hari ini turut menampilkan pendakwah terkenal dari Amerika Syarikat, Imam Zaid Shakir; Pensyarah Universiti Oxford, Datuk Dr Afifi Al-Akiti dan Naib Presiden Persatuan Islam Amerika Utara, Imam Siraj Wahhaj. 

Sementara itu, Jamil Khir turut merakamkan penghargaan terhadap penganjur yang berjaya menganjurkan program berkenaan buat julung kalinya di negara ini.

"Tahniah dan syabas kepada semua yang berjaya menganjurkan program ini kerana program ini tidak pernah diadakan di luar Kanada dan Amerika Utara sejak 15 tahun lalu," katanya.

http://www.bharian.com.my/node/256035?m=1


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate