Pengikut Blog Panglima

01 Mac 2017

Seniman legenda, Jins Shamsuddin meninggal dunia | Hiburan | Berita Harian

Seniman legenda, Jins Shamsuddin meninggal dunia

ANTARA babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin dalam filem Bukit Kepong.

HULU KLANG: Seniman legenda, Tan Sri Jins Shamsuddin, 81, meninggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati, di sini, dipercayai akibat sesak nafas selepas tercekik kuih di kediamannya, petang tadi. 

Anak kedua Jins, Putera Hang Jebat, mengesahkan bapanya meninggal dunia setibanya di klinik, kira-kira jam 5.45 petang. 

"Ayah minum petang dan ketika hendak makan cekodok, ayah tercekik. Melihat keadaan ayah, Mak segera membawa ayah ke klinik berdekatan. 

"Bagaimanapun, ayah disahkan meninggal dunia setibanya di klinik,," katanya kepada BH Online. 

Hang Jebat berkata, dia dan adiknya, Hang Nadim masih terkejut dengan apa yang berlaku ke atas Allahyarham. 

TAN Sri Jins Shamsuddin ketika berlakon watak Jefri Zain dalam filem Jurang Bahaya.

INFO: Tan Sri Jins Shamsuddin

  • Dilahirkan di Taiping, Perak pada 5 November 1935
  • Berlakon lebih 40 filem antaranya Sarjan Hassan, Gerak Kilat, Si Tanggang, Bukan Salah Ibu Mengandung dan Sumpah Wanita. 
  • Filem arahannya, Menanti Hari Esok, Bukit Kepong, Ali Setan, Esok Masih Ada dan Balada.
  • Melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School dari 1970 hingga 1972 dan dianugerahkan Diploma dalam Teknologi Filem (Motion Picture Technology) dengan Kepujian Kelas Pertama.
  • Dilantik sebagai Ahli Dewan Negara selama dua penggal bermula 13 Oktober 2004 hingga 11 Februari 2011
  • Perkahwinannya yang pertama bersama seniwati Allahyarham Rahmah Rahmat di Singapura pada 6 Februari 1961 dikurniakan dengan seorang putera bernama Jefri yang kini menetap di Singapura. namun mereka bercerai pada 1963.
  • Sedekad selepas itu, Jins berkahwin kali kedua dengan Puan Sri Halijah Abdullah, beliau dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim
  • Pada 2011, Jins disahkan menghidap penyakit Alzheimer yang menyebabkan beliau hilang ingatan dan tidak boleh bercakap.

Berita sepenuhnya :


Sent from my iPhone
Catat Ulasan