Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Mac 2017

Teresa akhirnya mengaku terima dana YAWAS | BNBBC

Teresa akhirnya mengaku terima dana YAWAS | BNBBC - Laman Rasmi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia

Teresa Akhirnya Mengaku Terima Dana YAWAS

9 MAC: Tidak sampai 24 jam Teresa Kok menafikan ada menerima dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), hari ini Ahli Parlimen DAP Seputeh itu mengakui bahawa beliau sebenarnya menerima peruntukan tersebut.

Jelas Teresa yang juga ADUN Kinrara, setiap ADUN di Selangor menerima kad ATM sejak zaman Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor dan ia bukan perkara baharu untuk didedahkan.

"Tentulah semua adun di bawah program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) memang guna ATM kad yang diberi kepada kita, bukan saya sahaja semua ADUN yang ada di bawah program SMUE memang ada kad, sudah lama sejak zaman Tan Sri Khalid sampai sekarang," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Pengerusi Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Md Yunus yang mendakwa Teresa berbohong dan seorang wakil rakyat hipokrit kerana tidak mengaku telah menggunakan wang hampir RM2 juta sejak 2016 sehingga 24 Februari 2017.

Menurut Jamal, wang tersebut dikeluarkan melalui kad ATM Ambank atas nama Teresa sendiri.

"Teresa merupakan wakil rakyat pembohong, tak boleh dipercayai  dan seorang yang hipokrit. tuntutan dana yang perlu diberi pada setiap waris adalah sebanyak RM2500, tapi kebanyakan daripada mereka hanya baru terima RM1000 sahaja.

"Dia telah menggunakan dana YAWAS sebanyak RM2 juta yang dikeluarkan menggunakan kad ATM Ambank atas namanya sendiri," kata Jamal.

Sebelum itu,  Teresa menafikan beliau salah seorang wakil rakyat di Kuala Lumpur yang menerima wang daripada dana YAWAS.

"Tidak ada, tidak ada. Saya wakil rakyat Kuala Lumpur, itu dana untuk wakil Selangor. Jadi tanya ahli parlimen Selangor," kata Teresa sebelum ini.

Jelas Teresa, Jamal sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku dan hanya cuba mencari masalah dengan kerajaan negeri sehingga membabitkan dirinya dalam hal ini.

"Jamal blur tak tahu apa berlaku, saja nak cari pasal dengan kerajaan negeri Selangor, heret masuk nama saya yang ahli parlimen KL dan masuk yang lain skali macam semua ini rasuah, kalau memang rasuah berlaku, ingat saya boleh berada di sini?" soalnya.



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate