Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 Mei 2017

Saddiq kecam layanan PPBM terima dalam Kongres PKR | BNBBC

Saddiq Kecam Layanan PPBM Terima Dalam Kongres PKR

23 MEI: Ketua Armada PPBM melahirkan perasaan kecewa terhadap layanan diterima pimpinan parti itu dalam Kongres PKR pada Ahad lalu

"Kongres yang seharusnya mampu dijadikan medan penyatuan untuk mengikat jiwa yang terpisah bertukar menjadi medan melempias kekecewaan dan kemarahan lampau tanpa sedikitpun memikirkan soal sensitiviti semasa dalam misi bersama dalam Pakatan Harapan untuk menjadi Kerajaan Persekutuan.

"Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah amat sedih", demikian catatan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam surat terbuka beliau kepada pimpinan Pakatan Harapan, Selasa.

Tegas beliau, tindakan pimpinan PKR yang menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan mereka cuba memaksa Mahathir untuk bersetuju melantik Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahin sebagai perdana menteri pilihan pembangkang.

"Kongres itu memperlihatkan dengan jelas sokongan Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz untuk pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menurunkan tandatangan sokongan bagi kempen Bebas Anwar.

"Tapi semua itu seakan tidak dihiraukan apabila kepimpinan tertinggi PPBM ini seakan 'dipaksa' dan 'diperangkap' untuk menyatakan pendirian atas sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia Ke-7," katanya dengan nada kecewa.

Tegas Syed Saddiq, belum terdapat sebarang perbincangan dalam Pakatan Harapan berkenaan individu yang bakal menjadi perdana menteri.

"Janganlah taksub sampai soal perlembagaan, undang-undang dan strategi memenangi pilihan raya dikebelakangkan kerana ketaksuban sesetengah pihak.

"Ketaksuban ini sampai ke satu tahap di mana rakan seperjuangan di 'ambush' semasa Kongres PKR," ujar beliau.

Pada masa yang sama, beliau turut mempersoalkan motif sebenar ahli PKR yang sengaja menimbulkan provokasi apabila bersorak sambil membawa sepanduk 'Anwar PM ke-7, yang disifatkan memalukan Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi tetamu.

"Adakah suatu kepuasan dan kebanggaan bagi mereka di sebalik tindakan itu?

"Adakah mereka tidak mahu lagi bekerjasama dengan PPBM? Sejauh mana keikhlasan mereka menerima PPBM dalam Pakatan Harapan? soal Syed Saddiq lagi.

https://www.bnbbc.my/saddiq-kecam-layanan-ppbm-terima-dalam-kongres-pkr/


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate