Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Januari 2018

Kembalinya Dr Mahathir Sebagai PM Akan Rosakkan Negara - TPM @Zahid_Hamidi | Barisan Nasional

Kembalinya Dr Mahathir Sebagai PM Akan Rosakkan Negara | Barisan Nasional

Kembalinya Dr Mahathir Sebagai PM Akan Rosakkan Negara

FW659731_KL06_090118_TPM-scr.jpg

Kembalinya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri boleh menyebabkan kerosakan kepada negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata Dr Mahathir akan mengulangi kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukannya sepanjang menjadi perdana menteri selama 22 tahun dari 1981 sehingga 2003.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Pakatan Harapan menamakan Dr Mahathir yang merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai calon perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Ini merupakan satu tindakan kitar semula dan akan membuatkan rakyat melihat bahawa tidak ada tokoh lain dalam Pakatan Harapan yang lebih layak menjadi perdana menteri, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Pencegahan Jenayah 2018 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, semalam. 

Dalam pada itu Ketua Pemuda PPBM Pahang, Raja Mohd Azlan Raja Omar berkata tindakan itu dilihat seolah-olah menggambarkan pembangkang tidak lagi mempunyai calon yang berkaliber untuk menyandang jawatan nombor satu negara.

"Kita akui ketokohan Tun M selama ini, namun zaman kini bukan masa yang sesuai untuk beliau menjadi perdana menteri lagi, kita perlu orang muda dan konsisten dalam pentadbiran.

"Jika asyik bertukar (perdana menteri) sahaja, bila negara kita nak maju. Saya setuju dengan pendapat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (seorang lagi pemimpin muda PPBM) bahawa sepatutnya 30 peratus tampuk kepimpinan parti diserahkan kepada orang muda," katanya di sini hari ini.

Menurutnya apa yang disuarakan itu adalah pendapat peribadinya memandangkan ada ura-ura bahawa jawatan yang disandang itu telah digantikan dengan orang lain berikutan kelantangannya mengkritik beberapa dasar parti.

Beliau tidak menafikan berlaku perpecahan di kalangan angkatan Pemuda PPBM di negeri ini dan hanya lapan bahagian sahaja yang kini benar-benar aktif dalam melakukan aktiviti.

Sementara itu Pemangku Ketua Pemuda PPBM Temerloh, Sharipul Fairuz Mohd Sharip sependapat dengan Raja Mohd Azlan bahawa gandingan Dr Mahathir-Dr Wan Azizah itu bakal dilanda masalah.

Pada Ahad lepas, Pakatan Harapan turut mengumumkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate