Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 April 2018

Kemasukan Nik Omar ke PAN - Blog UMMAH MADANI Menulis Transformasi IRC, JIM, IKRAM KE PAN

UMMAH MADANI: Dari IRC, JIM, IKRAM KE PAN


Artikel ini diulang-siar untuk memahami kemasukan Nik Omar ke PAN dan kenapa PAN wujud selepas gagal menguasai PAS dari dalam... 


UMMAH MADANI: Dari IRC, JIM, IKRAM KE PAN



Kumpulan Khalid Samad lebih cenderung pada kumpulan Hizbollah dan Hizbul Tahrir yang pro-Iran dan tidak setuju dengan cara demokrasi. Bagi pelarian pemimpin Ikhwan yg sudah mendekati dan mentarbiyyah pelajar-pelajar Malaysia di Amerika dan Eropah, mereka membawa pemikiran untuk bergerak secara bawah tanah, secara sirr (rahsia), dan menasihatkan pelajar Malaysia tidak menzahirkan identiti sebagai pejuang Islam bila balik Malaysia kerana bimbang akan ditangkap dan dipenjara oleh kerajaan sekular.

Lumrahnya orang yang diburu kerajaan sekular sudah pasti takut berdepan dengan realiti di negara masing-masing. Tetapi waqie (reality) Malaysia tidak sama seperti Mesir dan Syria. Malangnya bila pelajar-pelajar IRC ni balik Malaysia, mereka kritik PAS, mereka kata masuk pilihanraya adalah tidak syarie, dan ahli-ahli IRC tidak boleh masuk PAS sebelum 1990 kecuali beberapa "askar peninjau" IRC seperti Mustafa Kadir dan Dr Zaki UM dengan misi yang jelas.

Apabila PAS sedari akan hal ini dan menjadi satu kerugian kerana ramai pempin pelajar UK dan Amerika tidak bersama PAS, lalu pelajar-pelajar pro-PAS meminta supaya PAS sendiri mentarbiyyah pelajar Malaysia dan bukan lagi murabbi dari pelarian Ikhwan yang menggelar diri mereka Ikhwan Alami. Lalu wujudlah Hizbi Islami di UK dan di Amerika, yang kemudiannya bertukar nama MISNA di Amerika. IRC kekal di UK dan MISG kekal di Amerika.

Pelajar-pelajar pro-Islamic Party tidak lagi berkiblatkan murabbi Ikhwan Alami. Tetapi pelajar-pelajar dalam IRC dan MISG terus berkiblatkan Ikhwan Alami. Selepas penubuhan dua NGO baru ini, barulah kelihatan ramai pelajar termasuk pemimpin-pemimpin dua NGO ni bersama PAS apabila mereka kembali ke tanah air. Sebelum itu, pemimpin2 IRC dan MISG masuk UMNO selepas 1990 secara rasmi untuk membantu Anwar khusus apabila Kelantan jatuh ke tangan PAS. Puak IRC-JIM mulai masuk UMNO selepas 1990, dan mula masuk PAS secara beramai-ramai selepas 1998 setelah Anwar dibuang dari UMNO. Meskipun mereka masuk PAS, mereka tidak masuk dengan misi kosong, mereka masuk PAS dengan misi untuk kuasai PAS sepertimana yang digariskan oleh Shaari Sungib dan Dzulkifli Ahmad dalam kertas Grand Design IRC-JIM.

Apabila mereka gagal kuasai PAS pada tahun 2015, mereka keluar beramai-ramai dan tubuh PAN. Mereka gunakan PASMA sebagai wadah untuk hasut ahli PAS gulingkan kepimpinan ulamak PAS tetapi gagal……selepas Kajang Move, Allah zahirkan wajah-wajah mereka disebalik topeng "Islam Ikhwan Alami" mereka. Kita ucap selamat jalan kepada mereka.

Baca selanjutnya di blog :

http://kaunselingsyarie.blogspot.my/2017/05/dari-irc-jim-ikram-ke-pan.html?m=1



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate