Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Mei 2018

Benarkah Hutang Negara RM 1Trillion ?


HUTANG NEGARA RM1 TRILLION?

Benarkah hutang negara atau lebih tepat lagi hutang kerajaan persekutuan sudah mencecah RM1 trillion seperti yang dilaporkan baru-baru ini oleh beberapa buah media online?

Benarkah saiz hutang negara kepada KDNK sudah melebihi paras 55% seperti yang ditetapkan kerajaan?

Untuk soalan pertama, mengikut definisi yang terhad kepada hutang kerajaan SAHAJA dan juga yang termaktub di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983, setakat 31 Disember 2017, kerajaan merekodkan jumlah hutang berjumlah RM686 billion iaitu peningkatan hampir RM40 billion daripada RM648 billion yang direkodkan tahun sebelumnya (2016).

Untuk soalan kedua, hutang negara setakat 31 Disember 2017 berada pada paras 50.8% berbanding KDNK negara, menurun daripada 52.7% pada tahun 2016.

Walaupun jumlah hutang meningkat, nisbah hutang kepada KDNK menurun kerana kadar pertumbuhan KDNK lebih pantas daripada kadar pertumbuhan hutang kerajaan.

Hutang kerajaan masih jauh lagi untuk mencecah RM1 trillion dan nisbah hutang kerajaan juga semakin menjarak daripada had statutori 55% yang ditetapkan sendiri (self-imposed) oleh kerajaan.

Propaganda hutang negara sudah melebihi RM1 trillion dan nisbah hutang sudah mencecah 70% dibuat oleh mereka yang tidak faham kewangan kerajaan dan undang-undang berkaitan kewangan kerajaan.

Hutang kerajaan yang dihadkan di bawah had statutori 55% di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983 hanya melibatkan bon dan sukuk yang diterbitkan oleh kerajaan persekutuan iaitu Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB).

Hutang-hutang yang dibuat oleh syarikat milik kerajaan atau apa jua hutang lain yang dijamin kerajaan tidak termasuk di dalam had statutori 55% yang ditetapkan.

Tidak ada kerajaan dalam dunia yang mengambil kira hutang yang dijamin mereka untuk mengira nisbah hutang kerajaan. Hanya bon, bill dan notes yang diterbitkan di dalam pasaran untuk dibeli para pelabur sahaja dikira sebagai hutang dan nisbah hutang kepada KDNK.

Hutang yang dijamin kerajaan persekutuan setakat 30 September 2017 adalah RM226 billion.

Hutang yang dijamin ini termasuklah hutang-hutang badan berkanun seperti Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), FELDA dan PTPTN dan juga syarikat-syarikat berkaitan kerajaan Danainfra, Prasarana, SME Bank dan sebagainya.

Saya pasti tak banyak yang tahu bahawa hutang terbesar yang dijamin oleh kerajaan persekutuan adalah hutang PTPTN dengan jumlah jaminan RM40.3 billion.

Ini lebih besar dari hutang yang dibuat oleh Danainfra untuk membina MRT dan Pan Borneo. Sekurang-kurangnya hutang Danainfra yang dijamin kerajaan disokong dengan aset-aset (secured debt) berbanding hutang PTPTN yang tidak disokong oleh apa-apa aset.

Hutang belajar pun kerajaan jamin. Itu pun ada yang cakap kerajaan zalim. 

Selain itu, kerajaan juga menjamin deposit yang dibuat oleh rakyat Malaysia di dalam KWSP, Tabung Haji dan BSN yang mencecah hampir RM750 billion. Maknanya kalau terjadi apa-apa kepada duit anda di dalam KWSP, Tabung Haji dan BSN - kerajaan akan membayar setiap sen duit anda. Jadi tidak ada risiko duit anda akan hilang di dalam ketiga-tiga institusi ini.

Tetapi kesemua jaminan hutang dan deposit yang bernilai hampir RM1 trillion tidak termasuk dalam hutang kerajaan persekutuan dan had statutori nisbah hutang 55% kepada KDNK.

Jaminan bermaksud jika berlalu default atau kegagalan mebayar hutang baru kerajaan akan masuk campur untuk bayar. Selagi tak default, selagi tu ianya tidak akan dikira sebagai tanggungjawab kerajaan untuk membuat bayaran semula.

Seperti yang saya cakap tadi tak ada kerajaan dalam dunia yang mencampur adukkan kedua-dua perkara tersebut dan mengiranya sebagai hutang negara.

Jadi bezakan dulu hutang kerajaan persekutuan dengan jaminan hutang dan deposit yang dibuat kerajaan sebelum percaya dan terpengaruh dengan propaganda media yang mempunyai agenda tertentu.

Nantikan siri ke-2 tulisan saya berkenaan hutang negara RM1 trillion ini.

Oleh Zamzuri


Rujukan:

1. Why the fuss? Federal debt has already hit RM1 trillion - The Malaysian Insight:https://www.themalaysianinsight.com/s/43281/

2. Bank Negara 4th Quarter 2017 Bulletin:http://www.bnm.gov.my/.../qb/2017/Q4/4Q2017_fullbook_en.pdf

3. Kewangan Sektor Awam, Laporan Ekonomi Malaysia 2017/2018:http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1718/bab4.pdf

4. Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2016 - Jabatan Akauntan Negara:http://www.anm.gov.my/.../Penyata-Kewangan-Kerajaan

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate