Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 Mei 2018

Blog Hassan Omar: IKRAM Perancang Utama Penubuhan Parti AMANAH (PAN) bagi menjatuhkan PAS

Hassan Omar: IKRAM Perancang Utama Penubuhan Parti AMANAH (PAN) bagi menjatuhkan PAS

IKRAM Perancang Utama Penubuhan Parti AMANAH (PAN) bagi menjatuhkan PAS


Lebai terbaca komen di blog ini daripada Pejuang Islam "Saya nasihatkan tuan dapat tarik balik tuduhan kepada IKRAM itu sebelum pihak IKRAM buat saman fitnah melainkan tuan ada bukti jelas kaitan tersebut. Saya cadangkan, cukuplah kaitkan sahaja dengan IRC/JIM. Nak saman pun tak boleh nanti."

Lebai agak (mungkin betul dan mungkin tak betul) Pejuang Islam ni orang muda sama seperti budak-budak muda sekarang yang kuat menyokong Mahathir dan melihat Mahathir sebagai tokoh reformasi nak menjatuhkan kleptokrasi. Mereka tak kenal Mahathir sebagai Mahafiraun atau Mahazalim.

Kenapa semasa itu rakyat meletakkan Mahathir sebagai Mahafirau? Tidak mudah perkataan "maha" digunakan melainkan dia si Mahathir benar-benar jahat macam firaun.

MISG/IRC/JIM/IKRAM

Lebai dah banyak menulis mengenai perkara di atas, tapi nak terangkan bagaimana perancangan IKRAM, lebai terpaksa ulang semula secara ringkas.

Ikhwan Muslimin zaman penangkapan ramai diburu dan ada yang dibunuh oleh kerajaan sekular negara masing-masing seperti Mesir dan Syria dll. Ramai tokoh Ikhwan melarikan diri ke negara-negara Eropah dan Amerika. Mereka menetap di sana dan membina kekuatan Ikhwan Muslimin di negara tempat mereka melarikan diri.

Pelajar Malaysia yang belajar diluar negara menubuhkan "
Kumpulan Pengajian Islam Malaysia" (MISG) di US dan IRC di UK. Ini yang paling menonjol. Mereka mendapat tarbiyyah daripada tokoh pelarian Ikhwan. Ramai dikalangan mereka adalah ahli ABIM.

Bila berlaku revolusi Iran ada dikalangan mereka menjadi pro Ayatullah Khomeni menubuh

Suara Islam (Islamic Voice).

Belaku kesedaran pimpinan PAS bahawa fikrah IRC/MISG ini berbeza maka PAS mewujudkan 
Hizbi Islami di UK dan di Amerika, yang kemudiannya bertukar nama MISNA di Amerika. IRC masih kekal di UK begitu juga MISG kekal di Amerika. Di Mesir mereka dikenali sebagai Alami.



Geng IRC bila pulang ke Malaysia sebahagianya bergiat dengan PAS. Misalnya Ustaz Alias Othman (gambar) pernah bertugas di Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat semasa Ustaz Abdul Hadi menjadi pengerusi Lajnah tersebut. Kerja mereka ialah menarik ahli-ahli terbaik PAS untuk menyertai IRC secara "Jamaah dalam Jamaah". Buku terjamahan "Apa Erti Saya Menganut Islam" - Fathil Yakan adalah hasil kerja mereka di lajnah tarbiyyah... itu ajelah. Yang lain tarik ahli PAS.

Akhir 1983-1985 berlaku pembongkaran IRC dalam PAS. PAS cuba menyatukan mereka ini dengan membuat tamrin kepimpinan di Taman Melawar. mengikut cerita daripada mulut Ustaz Harun Taib sendiri, tak sampai 3 hari perjanjian yang diikat di tamrin Taman Melawer telah dicabul oleh IRC.
Pada 27 Julai 1990, JIM didaftarkan bawah ROS dan mengumpulkan bekas IRC UK, Mesir, dan Jordan. Presiden JIM pertama adalah Abu 'Urwah (Saari Sungip) sehingga tahun 1999.

Dengan tertubuh JIM, PAS nampak macam selamat, tetepi sebenar masih ramai ahli-ahli IRC yang kekal dalam PAS dan memenggang pos penting. [Untuk bacaan lebih detail, baca tulisan lebai di sini kerana lebai dah menulisnya dan Anda boleh baca tulisan
Abu Rantisi di blognya di sini yang lebai ringkas bersama tulisan ini]IRC di UK dan MISG di Amerika ini mempunyai perbezaan pendekatan. Maka lahirlah ISMA pada tahun 1997 yang membawa pendekatan lain daripada JIM.

Kerajaan PAS Kelantan dan Bantu Anwar dalam UMNO

Apabila PAS menawan Kelantan 1990. JIM terlibat dengan UMNO membantu Anwar untuk mengatasi pengaruh PAS.
Anwar disebut-sebut sebagai bakal PM Malaysia dan mereka merangka untuk menguasai UMNO.Shaari Sungip (Abu Urwah) dan Dr Dzulkifli Ahmad (Abu Aiman) menggariskan pelan jangka panjang dalam kertas Grand Design JIM-IRC pada tahun 1991.











Kertas Grand Design ini dibentangkan pada Syura IRC berpangkalan di UK di bawah seliaan Ikhwan Alami untuk membenarkan ahli IRC masuk UMNO dan PAS dengan objektif yang jelas membantu Anwar dalam UMNO mencapai cita-citanya menjadi PM Malaysia dan menguasai UMNO serta menguasai PAS.

Dalam kertas kerja ini juga, IRC menyebut bahawa IRC tidak percaya kepada peranan ABIM dan IRC akan kuasai UMNO.



Hasil kertas kerja ini ramai ahli-ahli IRC masuk UMNO di ketuai oleh Rahim Ghouse (sebelah Saifuddin). Dr Dzulkifli masuk PAS tahun 1996 pabila kedudukan Mujahid Yusof Rawa (Anak Mursyidul Am) mendapat tempat dalam Pemuda PAS.

Anwar Di Pecat


Pada tahun 1998, Anwar ditendang keluar dari UMNO oleh Mahathir bos HARAPAN sekarang dengan tuduhan liwat. Orang ABIM dan IRC turut tercampak keluar. Ada yang kena tangkap bawah ISA, ada yang lari ke Indonesia dan Australia. Ada yang masuk PAS sebelum parti PKN (PKR) ditubuhkan. Yang masuk PAS antaranya Kamaruddin Jaafar, Anwar Tahir dan beberapa lagi.

Apabila PKN ditubuhkan, rata-rata bekas ABIM dan bekas UMNO yang menjadi pengikut setia Anwar masuk PKN yang kemudian bergabung dengan PSRM menjadi PKR.

JIM-IRC berpecah dua kepada ISMA dan IKRAM. ISMA bersama UMNO dan PERKASA apabila PAS menerima gagasan Pakatan Rakyat yang mana DAP ada di dalamnya.

Menjadi Pengkhianat Dalam PAS

IKRAM (baca IRC) bersama PAS lebih 10 tahun, kumpulan IKRAM membina kekuatan mereka, memperkudakan Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasarudin sebagai proksi mereka. Selepas mereka tak mahu kedua-dua mangsa politik IKRAM ini di tendang keluar daripada PAS. (Jika mempunyai masa lebai akan menulis peranan 10 budak hitam (IKRAM) dalam PAS yang mengatur perlawanan dalam Muktamar PAS termasuk lawan Ustaz Hassan Shukri -- kini mereka jaja kononnya puak ulama guna cai sedangkan merekalah kepala taik)

Mereka juga berjaya mengangkat Kamarudin Jaafar sebagai SU Agung PAS melalui perancangan mereka. Anuar Tahir pula jadi SPR dalam Muktamar PAS. Kutuk SPR tapi dia kaki penyeleweng dalam pimilihan muktamar PAS.

Fitnah UG(ringkasan tulisan Abu Rantisi)

Abu Rantisi  menulis selepas 2008 susulan kemenangan Pakatan Rakyat merampas 5 negeri maka timbullah riak-riak konspirasi yang semakin jelas dalam PAS. Ia bermula dengan peristiwa 16 September 2008 yang menambah kemarahan mereka terhadap Presiden PAS kerana TGHH tidak setuju dengan menawan Putrajaya melalui pintu belakang di mana Wakil Rakyat Sabah yang akan lompat parti dan bergabung dengan Wakil Rakyat DAP, PKR, dan PSM terdiri daripada bukan Melayu dan bukan Islam untuk membentuk kerajaan baru di Putrajaya.



Kemudian 2009, berlaku protes 10 budak hitam di Parlimen terhadap TGHH yang kononnya dikatakan oleh Anwar bahawa TGHH mahu bergabung dengan UMNO. 8 budak dari 10 budak hitam terus mengheret isu ini terhadap Presiden PAS sebagai usaha menjatuhkan nama baik beliau dalam PAS. 


Akhirnya menjelang 2011, mereka sudah kuasai 60% daripada AJK PAS Pusat. Dendam kesumat marah mereka terus menerus berlaku dengan pelbagai aktiviti dan propaganda melalui Harakah yang mereka kuasai, The Malaysian insider dan Malaysiakini merendah-rendahkan TGHH. Ketika inilah Mat Sabu "dipujuk' untuk bersama mereka. Tuan Guru Presiden PAS berada dalam keadaan amat tertekan kerana banyak tikaman belakang dilakukan oleh kelompok ini dalam PAS selepas 2011. Mat Sabu menjadi senjata baru bagi mereka.

Presiden TGHH berjaya mempertahankan diri dengan bantuan Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS Pusat.

Rancangan Kembalinya Anwar Ke UMNO


Susulan PR menang dalam 2013 di Selangor, PKR melancarkan Kajang Move ( kononnya digemburkan untuk menyingkir Khalid bagi menyelesaikan masalah dalaman PKR) dalam selimut untuk menjayakan perjanjian sulit antara Anwar dan Najib melalui "Konsensus Nasional". Anwar dicadang menjadi MB untuk "liaise" dengan Najib bagi mentadbir Selangor secara bersama antara BN (UMNO) dengan PR (PKR) sebagai syarat kepulangan, Anwar akan ke Putrajaya bersama pasukannya bagi membantu Najib untuk melawan kumpulan Mahathir.

Mahathir Sempat Halang Konspirasi Ini dan Berlaku Perang Dingin Mahathir-Najib Dalam UMNO


Mahathir dapat mencium konspirasi ini dan jika "Konsensus Nasional" berjaya, bermakna Mahathir dan kroninya akan hadapai masalah besar untuk berhadapan dengan Anwar, orang yang pernah ditendang keluar dari UMNO dan dipenjarakan. Lalu kumpulan Mahathir dan kroninya dalam UMNO menggunakan kekuatan yang ada untuk menekan Najib lalu Mahkamah mendapati Anwar bersalah dalam kes liwat Saiful dan Anwar hilang kelayakan bertanding di Kajang.

Kajang Move seterusnya memaksa semua pihak dalam PR untuk terima dan beri sokongan. DAP terpaksa sokong sebab takut kehilangan kuasa di P. Pinang. PAS dipaksa terima DSWA sebagai MB dengan permainan konspirasi IKRAM dalam PAS, tetapi Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama melihat tindakan memecat Tan Sri Khalid dari PKR dan sekaligus jawatan MB Selangor sebagai satu bentuk kezaliman. Saifudin dan Rafizi tiba-tiba memaparkan 91 halaman salah laku TSKI. Setahun kemudian baru kita ia adalah FITNAH dari Saifudin dan Rafizi terhadap TSKI.

Pertembungan kumpulan ulama dalam PAS dengan kumpulan Anwarisme (IKRAM) makin ketara dan makin terdedah.

 Kumpulan G18 dan PASMA




Lalu mereka menubuhkan kumpulan G18 serta merancang menubuhkan PASMA pada bulan Nov 2014, satu NGO. Tidak hairan jika kita baca kertas kerja mereka 1991 ada menyebut jika IKRAM gagal menguasai PAS mereka akan menubuhkan satu NGO dan NGO ini akan menjadi transisi sebelum satu parti politik diwujudkan.

Mereka yang mengkhianati PAS ini mendapat bantuan daripada PKR dan DAP. Malah PASMA mendapat peruntukan daripada kerajaan DAP Pulau Pinang.



Lantas PASMA berkempen dari bulan Nov 2014 (bermula ia ditubuhkan di Kedah) hingga 2015 dipimpin oleh Ir Phahrolrazi di Kedah dan dibantu oleh Ustaz Mat Hussin IKRAM Kelantan yang berada di belakang Husam untuk menjatuhkan Presiden PAS.

Mereka menubuh PASMA setiap negeri dan ahli-ahli IKRAM yang tidak terlibat dengan PAS secara rasmi menjadi ahli PASMA. Mereka ini menghasut ahli PAS dengan pelbagai tuduhan terhadap kepimpinan ulama dan Presiden PAS Ustaz Abdul Hadi. Mereka melagakan antara Tuang Guru Nik Abdul Aziz dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

Mereka mengatur strategi untuk melemahkan PAS dengan mengemukan pindaan perlembagaan PAS bagi mengurangkan kuasa Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama. Mereka juga mengatur perwakilan bagi penyediaaan pemilihan pada Muktamar ke-61. Untuk itu mereka membuat perancangan Muktamar PAS ke-60 di Johor.

Kesedaran Ahli PAS tentang bahaya IKRAM dalam PAS



Pelbagai rahsia mereka bocor apabila sebahagian ahli PAS secara individu dan kelompok mengambil tanggungjawab menyelamatkan PAS dengan membocorkan rahsia mereka termasuk konspirasi Hawaii Five O yang dikaitkan dengan Dr Hatta, pembocoran Whattsapp JK PAS Pusat yang dikaitkan dengan Khalid Samad, keset rakaman ucapan Mat Sabu di Kuala Selangor mengajak ahli merancang supaya Presiden PAS diganti dengan pemimpin yang boleh bekerja dengan DAP dan PKR, pertemuaan tertutup IKRAM dengan pimpinan PKR dan DAP, pemberian sumbangan DAP kepada PASMA, dan pelbagai lagi angkara tersembunyi yang berlaku di belakang tabir dalam PAS.

Akhirnya dalam Muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor 2015, semua mereka yang terlibat dengan IKRAM dan konspirasi dalam selimut ini termasuk Mat Sabu, Husam, Dr Hatta, Salehudin, Dr Mujahid, Dr Maria, Ir Nizar, Ustaz Ghani Shamsuddin, Khalid Samad dan beberapa lagi tewas dalam pemilihan JK PAS Pusat 2015 kecuali Mazlan Aliman dan YB Amiruddin Kedah.

Tertubuh GHB

Susulan kekalahan mereka dalam Muktamar PAS ke 61, atas "arahan" dan "pujukan" pemberi dedak, mereka keluar dari PAS menggunakan nama GHB (Gerakan Harapan Baru) dan kemudian menjadi G18, dan akhirnya menubuhkan PAN, Parti Amanah Negara. Inilah parti politik yang mesti ditubuhkan jika IKRAM gagal kuasai PAS menurut kertas Grand Design tersebut. Meskipun nama parti politik ini tidak disebut namanya dalam kertas Grand Design IRC-JIM 1991, ciri-ciri PAN memenuhi citarasa dan matlmat mereka.

Penubuhan Parti Baru AMANAH (PAN) Pernah Didedahkan Oleh Dr Maszlee Sidek Ahli Majlis Syura IKRAM



Dalam forum yang berlangsung pada 11 Jun 2015 di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH) Dr Maszlee menegaskan parti baharu seperti Parti Amanah perlu wujud untuk menggantikan PAS.


"Kita perlu kepada parti baharu yang 'fresh' untuk membawa takungan ini.

"Anak-anak muda, NGO-NGO Islam di luar dan juga orang-orang Islamis yang lebih progresif dan demokrat untuk maju ke hadapan.

"Okay lah dalam pilihanraya terdekat (parti baharu) tak dapat kerusi pun tak apa. Kalau perlu mereka bertanding (jika Parti Amanah belum diluluskan ROS), gunakanlah bendera PKR, bendera DAP, gunakalah.

Semua kita tahu bahawa parti AMANAH ditubuhkan pada 16 Septermber 2015 iaitu 4 bulan selepas kenyataan Dr Maszlee Malek.

IKRAM adalah pengkhianat kepada perjuangan ISLAM. Nik Omar Nik Abdul Aziz adalah seorang IKRAM yang mengkhianati PAS dan juga ayah dan ibunnya.



...to be continued




Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate