Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 Mei 2018

Elakkan kritikan sesama sendiri - Tian Chua | Politik | Berita Harian

Elakkan kritikan sesama sendiri - Tian Chua | Politik | Berita Harian

Kenapa kritikan tidak boleh dilakukan ? 

Bukan Malaysia Baru bebas bersuara ?

Apa hala tuju PH sebenarnya ???


Elakkan kritikan sesama sendiri - Tian Chua

KUALA LUMPUR: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu mengelakkan kritikan secara terbuka terhadap sesama pemimpin parti kerana ia boleh menimbulkan kekecewaan rakyat, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian Chang atau Tian Chua.

Merujuk pergeseran antara Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, Tian Chua berkata sebagai kerajaan baharu, harapan rakyat adalah untuk melihat pemerintahan PH kukuh.

"Semua pemimpin PKR harus memberi sokongan penuh selain tidak melakukan sesuatu yang akan meragukan keyakinan rakyat terhadap kerajaan PH.

"Jadi semua pemimpin walaupun ada sedikit salah faham pun jangan menguar-uarkan secara terbuka kerana ini akan menyebabkan rakyat kecewa dengan parti kita," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program Temu Bual Eksklusif Bernama Radio, hari ini.

Beliau mengulas harapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu Mohamed Azmin dan Rafizi saling bekerjasama dalam memastikan agenda reformasi dapat dilaksanakan.

Rafizi sebelum ini dilihat lantang mempersoal beberapa keputusan kerajaan seperti pelantikan beberapa portfolio kanan dalam Kabinet sehingga dikritik beberapa pemimpin PKR sendiri, termasuk Mohamed Azmin.

"Harapan rakyat adalah untuk melihat pemerintahan PH kukuh. Ini bukan agenda peribadi, jadi saya memang mengalu-alukan seruan Anwar. Ini juga bukan terhad kepada dua pemimpin itu sahaja.

"Jadi, tepatlah jika Rafizi ada apa-apa masalah, eloklah kalau kita dapat mengeratkannya lagi dengan melakukan perbincangan secara aman," katanya. - BERNAMA



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate