Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
Beberapa hari lagi PRU14 akan tiba. Kita sekarang sedang melihat satu persatu ceramah PH sedang dipenuhi ribuan pendengar dan mereka nampak begitu gembira dengan suasanan yang begitu ramai untuk menunjukkan kepada rakyat sokongan kononnya sedang memihak kepada mereka...
Beberapa isu digunakan seperti GST untuk dihapuskan kononnya demi rakyat. Juga isu 1MDB diulang siar untuk memburukkan PM Najib Razak.
Rakyat yang sudah merasai limpahan rezeki melalui BR1M PPA1M dan sebagainya meneliti semua hujah yang mereka sampaikan.
Namun hujah mereka sebenarnya tidak kuat dan hanya permainan manipulasi isu dan fakta.
Mari kita bentangkan satu persatu isu yang mereka mainkan dan jawapannya.
1. Isu GST
GST telah bermula pada 1April 2015. Menggantikan SST.
Ketika negara kehilangan sumber pendapatan berbilion ringgit ketika itu GST telah menyelamatkan negara kita dengan cukai GST. Isu ini meskipun turut terpalit kepada rakyat biasa namun kebanyakan yang begitu marah ialah pihak yang telah berjaya membina kekayaan tanpa membayar cukai sepatutnya kepada kerajaan.
Bagaimana kerajaan mahu membina sekolah menurap jalan dan menghulurkan bantuan kepada rakyat jika sumber pendapatan negara susut ??? Adakah kerajaan dianggap boros kerana memberi bantuan kepada rakyat yang tidak berkemampuan ???
Kerana itu PAS turut mengkritik PH kerana menganggap mustahil untuk dihapuskan GST selain mengatakan manifesto PH adalah manifesto kitar semula.
https://www.malaysiakini.com/news/415173
PH mahu mengembalikan cukai SST adalah langkah undur ke belakang dan Malaysia sudah tentu tidak akan mahu mengundur ke belakang selepas kita berjaya memperkenalkan GST yang jika dibandingkan negara lain adalah paling rendah berbanding Singapura Thailand Filipina.
Baca hujah di sini https://themalaysianreserve.com/2018/02/20/singapore-plans-boost-gst-9-shore-revenue/
2. 1MDB
Sehingga kini tidak ada hujah mengaitkan PM dengan 1MDB. Segala serangan yang dilakukan hanya permainan fakta dan tidak berpijak di bumi nyata.
Baca keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan PM Najib Razak dari skandal 1MDB
https://www.malaysiakini.com/news/412312
Bekas MP Kepong DAP turut digugurkan dari menjadi calon DAP kerana tidak mahu terlibat mengaitkan kesalahan 1MDB kepada Najib.
https://www.youtube.com/watch?v=GfnWwyLRQDM
3. Malaysia perlu contohi Indonesia menukar parti pemerintah
Dalam ceramah mereka memainkan logik akal bahawa Indonesia makin maju jika parti pemerintah dihumbankan dan diganti parti lain.
Hakikatnya kestabilan politik sangat penting untuk pembangunan dan kemajuan. Pelabur sentiasa menunggu keputusan PRU yang akan menentukan corak pelaburan mereka di Malaysia. Maka rakyat tentu akan mencari fakta apakah Indonesia sudah maju melebihi Malaysia ?
Untuk pencerahan sila baca artikel yang membuktikan pertumbuhan Malaysia mengatasi Indonesia https://www.cnbcindonesia.com/news/20180214183439-4-4447/lampaui-indonesia-pertumbuhan-ekonomi-malaysia-melaju-mantap
PAS turut meragui kemampuan PH untuk menerajui negara ketika PH mahu
rakyat menukar kerajaan seperti negara jiran Indonesia. Baca di sini http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/5515-m-sia-tak-ke-mana-kalau-bn-berganti-ph
cukup tiga jawapan pokok untuk hujah PH dan kita yakin jika isu ini sampai kepada rakyat maka mereka akan mudah memahami isu yang dimainkan dan tidak akan bergoyang lagi keyakinan bahawa BN adalah parti terbaik walau tidak sempurna namun perlu dipilih sekali lagi untuk memimpin negara kita agar terus maju dan makmur.
4. PH tidak menjamin Islam akan didaulatkan
DAP sebagai rakan utama dalam PH sudah jelas dari dahulu menentang usaha memperkasa Islam di Malaysia. PKR juga tidak dilihat menyokong usaha UMNO dalam BN untuk memperkuatkan undang-undang Islam di Malaysia. Hanya PAS yang menyokong usaha ini termasuk usaha membela nasib Palestin dan Rohingya di Malaysia bersama UMNO.
Mengikut kajian emperikal yang dijalankan di Selangor bahawa majoriti berpendapat bahawa DAP adalah parti anti Islam oleh responden beragama Islam.
PADA 7 Januari 2016, Datuk Prof Dr Mohammad Redzuan Othman mengumumkan dapatan kaji selidik Institut Darul Ehsan milik Kerajaan Selangor, yang DAP sendiri sebahagian daripadanya, antara 13 hingga 15 November 2015 bahawa 64 peratus daripada 1,716 responden Melayunya di Selangor bersetuju DAP adalah anti Melayu dan anti Islam.
https://www.ismaweb.net/2018/01/13/mengapa-persepsi-dap-anti-melayu-anti-islam-semakin-membarah/
Lebih mengejutkan kajian di Johor juga mendapati 71% responden menganggap DAP adalah parti anti Islam anti Melayu.
5. PH parti hidup atas fitnah
Semua sudah tahu satu persatu fitnah yang digunakan untuk meraih sokongan terhadap pakatan rakyat pada PRU13. Nurul Izzah dan Rafizi Ramli yang memohon maaf membuktikan fitnah yang dilemparkan adalah satu pembohongan untuk mengaburi mata rakyat. Namun kemusnahan telah berlaku dan rakyat telah menolak BN kerana terpengaruh dengan fitnah yang mereka lemparkan. Persoalannya, adakah mereka sudah berhenti menfitnah atau terus menfitnah ?
Rakyat perlu menghukum mereka dengan menolak seratus peratus PH dan memberikan kemenangan besar kepada BN kali ini.
Senarai permohonan maaf atas fitnah yang dilakukan pembangkang termasuk kepada sesama mereka sendiri
- PKR minta maaf fitnah Khalid Ibrahim
- Ahli Parlimen PKR Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin FITNAH Jamil Khir Baharom guna duit zakat untuk biayai kos guaman Menteri dalam kes qazaf Anwar Ibrahim. Jamil Khir bawa ke mahkamah. Setelah fitnah berjalan begitu jauh, akhirnya Shamsul mengaku bersalah dan mohon maaf.
- Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah FITNAH bekas Menteri, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sehari sebelum PRU 13 berhubung isu pembelian tanah di Bukit Kiara. Reputasi merudum, Raja Nong Chik kalah di Lembah Pantai pada PRU 13. Fitnah bermaharajalela tanpa sempadan. Kesudahannya, kes dibawa ke mahkamah. Nurul Izzah mengaku bersalah dan mohon maaf.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/nurul-izzah-kemuka-kenyataan-maaf-kepada-raja-nong-chik-42353
- Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli FITNAH isteri PM, Rosmah Mansor beli cincin bernilai RM24 juta. Setelah dibawa ke mahkamah, Rafizi kata, dia hanya bergurau. Penipuan merebak begitu cepat dan pantas. Bagi Rafizi 'Rosmah beli cincin RM24 juta hanyalah gurauan'. Rafizi mengaku bersalah dan mohon maaf.
Rafizi juga menfitnah Kerajaan Malaysia menggunakan pelobi Donald Trump
http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/678450-saya-mengaku-bersalah-saya-minta-maaf-rafizi-mengaku-fitnah-kerajaan.html
- Ahli Parlimen PKR Batu, Tian Chua FITNAH bahawa UMNO terlibat merancang konspirasi pencerobohan di Lahad Datu. Masuk mahkamah, Tian Chua mengaku bersalah dan minta maaf kepada UMNO.
- Bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin FITNAH Perdana Menteri, Najib Razak kononnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipanggil untuk siap siaga berbuat sesuatu jika BN kalah pilihan raya umum. Nizar mengaku salah dan mohon maaf.
https://www.barisannasional.org.my/fitnah/nizar-jamaluddin-minta-maaf-pada-pm-najib-mengenai-fitnah-melibatkan-pm-dan-panglima-atm/
- Hanipa Maidin mohon maaf fitnah PM mahu menitiskan darah cina dengan keris
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131031/dn_24/Ahli-Parlimen-Sepang-mohon-maaf-kepada-PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan