Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Mei 2018

KP @imigresenmy nafi laporan berita senaraihitam @Najib_Razak dan Rosmah | Harian Metro

Imigresen tak senaraihitam Najib dan Rosmah | Harian Metro

Imigresen tak senaraihitam Najib dan Rosmah

JABATAN Imigresen Malaysia menafikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor disenaraihitam seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya setakat ini tidak menyenaraihitamkan nama Presiden UMNO itu.

"Mereka (Najib dan Rosmah) tidak termasuk dalam senarai hitam Imigresen Malaysia. Laporan itu tidak benar, saya boleh sahkan, mereka sehingga hari ini tidak disenaraihitam.

"Mereka tiada halangan untuk keluar dari negara," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan Najib dan Rosmah disenaraihitam oleh Imigresen Malaysia.

Dakwaan itu dibuat berdasarkan carian di Semakan Status Perjalanan Imigresen (SSPI).

Media sebelum ini melaporkan sebuah pesawat persendirian yang berpangkalan di Indonesia dijadual mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, pagi ini.

Memetik sumber, nama penumpang yang bakal menaiki pesawat terbabit dipercayai adalah bekas pemimpin Malaysia serta isterinya.

Difahamkan, pesawat itu mendarat jam enam pagi tadi di Subang dan dijadual berlepas ke Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta pada jam 10 pagi.



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate