Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Mei 2018

Polis geledah rumah @NajibRazak pada waktu tidak sesuai - Nurul Izzah - Utusan Online

Polis geledah rumah pada waktu tidak sesuai - Nurul Izzah - Nasional - Utusan Online

Polis geledah rumah pada waktu tidak sesuai - Nurul Izzah

NURUL IZZAH ANWAR
NURUL IZZAH ANWAR

KUALA LUMPUR 17 Mei – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tidak bersetuju dengan tindakan polis yang menggeledah rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada waktu yang tidak sesuai.

Ini kerana katanya, sebarang tuduhan, siasatan perlu dilakukan dengan bijak.

Malah, beliau memohon polis sentiasa menerapkan prinsip keadilan dan berhemah dalam melakukan siasatan.

"Sebagai bekas mangsa geledah polis pada awal subuh, saya mesti menyatakan rasa tidak bersetuju ini terhadap tindakan menggeledah mana-mana kediaman pada waktu awal pagi dan tidak bersesuaian," katanya menerusi akaun Twittter di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan polis yang menggeledah kediaman bekas Perdana Menteri itu di Langgak Duta di sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh yang turut mengesahkan tindakan itu berkata, proses menggeledah berkenaan dilakukan polis untuk 'mencari sesuatu' di kediaman Najib. - UTUSAN ONLINE


Gambar DS Najib Tun Razak ketika menunggu serbuan dijalankan oleh pihak polis di rumahnya...



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate