Laporan Portal TV14
http://www.tv14.my/2018/03/11/mahathir-ke-pekan-100-orang-hadir-najib-ke-pagoh-10-ribu-ikut-serta/
hanya 100 orang yang hadir
Laporan Berita Harian
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/394273/kunjungan-dr-mahathir-hambar-kurang-dapat-sambutan
Hanya 50 orang hadir
Mahathir Ke Pekan 100 Orang Hadir, Najib Ke Pagoh 10 Ribu Ikut Serta
Posted by nadilang | 11 March 2018 | 7:43 am | 2944
SIFAT enggan mengaku kalah kerana ego menyebabkan Mahathir
Mohamad malu sendiri. Mana tidaknya, hanya kira-kira 100 orang saja
hadir ke program-program disertainya di seluruh Parlimen Pekan pada
akhir Februari 2018 lalu.
Nawaitu Pengerusi PPBM itu turun ke Pekan, Pahang adalah kerana mahu
tunjuk bahawa dia tidak kalah dengan Perdana Menteri Najib Razak yang
mampu turun ke Langkawi beberapa hari sebelum itu.
Bezanya, Najib turun ke Langkawi dengan membawa peruntukan kepada
rakyat sebanyak RM1.315 bilion, sebaliknya Mahathir sekadar membawa
cerita fitnah dan kebencian yang diulang-ulang pada setiap hari.
Langkah Najib sentiasa setapak kehadapan. Sepuluh hari selepas
Mahathir turun ke kawasan Presiden Umno itu, Najib pula telah berjaya
turun ke kawasan yang diwakili oleh Presiden PPBM.
Kali ini Najib semakin berani dan terserlah keperwiraannya apabila
beliau bukan keseorangan, sebaliknya bersama-sama beliau adalah seramai
lebih 10 ribu jentera Pemuda dan Puteri Barisan Nasional.
Menurut cerita yang sampai hingga ke Padang Besar, Perlis, kehadiran
Najib bersama 10 ribu jentera anak muda BN itu berjaya mengegarkan
Parlimen Pagoh milik Muhyiddin Yassin.
Dari apa yang diperoleh, ini merupakan sebuah perang psikologi ala Najib yang penuh versatile dan sukar ditandinggi oleh Mahathir, Muhyiddin mahupun seluruh jentera PPBM.
Isyarat yang cuba disampaikan oleh Najib dan BN adalah jelas. Tiada
lagi harapan menggunung tinggi buat ahli parlimen yang bergelar Presiden
PPBM dan juga buat keseluruhan parti Pakatan Harapan di Johor
khususnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan