Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 Mei 2018

#Tergempar @Najib_Razak letak jawatan Parti Dan @Zahid_Hamidi Pangku dengan @Hishammuddinh20 - Utusan Online

Najib letak jawatan - Politik - Utusan Online

Najib letak jawatan

ZAHID PELUK NAJIB LETAK JAWATAN
AHMAD ZAHID HAMIDI memeluk Najib Tun Razak selepas sidang akhbar mengumumkan peletakkan jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi BN di Menara Dato Onn hari ini.-UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 12 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta-merta selepas kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Perkara itu diumumkan oleh Najib dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri barisan kepemimpinan tertinggi parti.

Najib memberitahu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas-tugas Presiden Parti manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula mengambil alih tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO.

Kedua-duanya juga memikul tanggungjawab serupa bagi tugas Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN.

Najib bagaimanapun menjelaskan, beliau tidak akan sesekali meninggalkan UMNO.

"Saya beri jaminan saya tidak akan tinggalkan UMNO dan akan terus sokong UMNO kerana tiada parti yang ada tolok bandingnya dengan UMNO dan BN. Insya-Allah UMNO akan terus hidup," kata beliau. -UTUSAN ONLINE



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate