Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Mei 2018

UMNO ucap tahniah kepada Kabinet baharu - Utusan Online







NAIB Presiden UMNO yang menjalankan tugas PresidenPresiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat ahli Majlis Tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ FAUZI BAHARUDIN


Fadzil Zainol &Amp; Azman Ibrahim

22 Mei 2018 8:19 PM



KUALA LUMPUR 22 Mei - Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan Harapan atas pembentukan Kabinet baharu dengan kesemua menteri yang dilantik telah memulakan tugas masing-masing.


Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, partinya berharap Kabinet baharu yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik demi kepentingan negara dan rakyat.

Beliau bagaimanapun berkata, UMNO serta Barisan Nasional (BN) akan memainkan peranan sebagai pembangkang untuk memantau setiap tindakan kerajaan terutama bagi melunaskan segala janji-janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Pakatan Harapan.

“Bagi pihak pembangkang, UMNO dan BN merasakan bahawa sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab tentulah rakyat mengharapkan segala janji-janji mereka dalam manifesto terutamanya untuk 100 hari pertama dapat dilaksanakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat bulanan MT UMNO di Menara Dato Onn di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/umno-ucap-tahniah-kepada-kabinet-baharu-1.677557#ixzz5GElcHMru
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate