Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Mei 2018

@Zahid_Hamidi nafi temui @Anwaribrahim dan Bukti Gambar Beliau Solat Hajat Di Kediaman #Putrajaya

Zahid nafi temui Anwar



Ini adalah baju yang dipakai oleh Pemangku Presiden Umno semasa sidang akhbar perletakan jawatan oleh DS Najib di PWTC. 

Manakala ini pula gambar beliau bersolat hajat di kediaman yang memaparkan lokasi di Putrajaya.



Semua pengguna IPhone mengetahui setiap gambar akan memaparkan lokasi gambar dan bukan boleh direka oleh sesiapa sahaja.

Ia juga merakamkan waktu gambar diambil dan sudah tentu dimulakan selepas selesai solat maghrib dan Isyak baru diikuti solat hajat serta jamuan makan memakan masa yang lama.

Menurut info yang boleh dipercayai beliau terus berada di rumah sehingga tetamu terakhir pulang kira-kira jam 2 pagi.




Blog Outsyedthebox yang mencipta fitnah ini wajib menarik kembali fitnah tersebut dan jangan menjadikan fitnah sebagai senjata untuk merosakkan nama baik DS Ahmad Zahid yang baru sahaja memangku jawatan Presiden Umno dalam keadaan yang begitu tenat kerana ditolak rakyat yang terpengaruh dengan fitnah demi fitnah yang dilontarkan oleh pembangkang.

Baca kenyataan media berikut : 

Zahid nafi temui Anwar

Pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan beliau berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Menurut Zahid beliau bukan sahaja tidak bertemu bekas ketua pembangkang itu malah mengadakan solat hajat pada waktu yang diperkatakan.

"Waktu seperti yang didakwa media berkenaan, saya sedang bersolat hajat di rumah saya," katanya pada sidang media di Menara Dato Onn di ibu negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita mengenai dakwaan Zahid mengadakan pertemuan dengan Anwar di Pusat Rehabilitasi Cheras pada petang semalam.

Pada sidang media sama, Zahid berkata beliau  diberi mandat oleh ahli Majlis Tertinggi Umno sekiranya mahu mengadakan sebarang rundingan.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan lebih lanjut sama ada rundingan itu termasuk dari pihak parti kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Majlis Tertinggi telah beri mandat pada saya bahawa jika ada sebarang rundingan yang mahu dibuat bagi pihak BN dan Umno ia hendaklah dibuat secara end bloc.

"Kita akan menggunakan segala kekuatan Umno dan BN demi mengadakan rundingan dengan siapa sahaja bagi pembentukan dalam sebarang bentuk kerajaan atau sebagai pembangkang.

"Di dalam hal ini, ahli-ahli Majlis Tertinggi telah beri mandat sepenuhnya pada saya untuk mengadakan perundingan dan juga langkah-langkah selanjutnya," katanya lagi

[Berita penuh menyusul]



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate